Hi! Welcome Back and Stay Tune! Liverpool mara ke final - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Liverpool mara ke final

ROMA 4 LIVERPOOL 2 (Liverpool mara ke final menerusi agregat 7-6)

Liverpool menempah slot ke final untuk bertemu juara bertahan, Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) di sebalik kekalahan 4-2 kepada Roma di Stadio Olimpico, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Jurgen Klopp berkunjung ke Itali dengan kemenangan 5-2 dalam aksi di Anfield, menyaksikan lawan mereka meraih dua gol di tempat lawan.

Bagaimanapun, di awal permainan, kesilapan Radja Nainggolan ketika melakukan hantaran pada minit kesembilan dihukum Sadio Mane untuk membuka jaringan.

Jaringan sendiri James Milner bagaimanapun tidak menggugat permainan Liverpool selepas mereka kembali mengetuai permainan menerusi jaringan Georginio Wijnaldum pada minit ke-25.

Selepas perlawanan bersambung dalam babak kedua, Edin Dzeko hanya memerlukan tujuh minit untuk menyamakan kedudukan.

Dua gol daripada Nainggolan menyaksikan Roma mendahului permainan 4-2 bagaimanapun kebangkitan yang dilakukan oleh skuad Eusebio Di Francesco ketika berdepan Barcelona gagal diulangi bagi membawa mereka ke final.

Di sebalik kekalahan, kelebihan jaringan menerusi agregat (7-6) membawa Liverpool dalam cabaran untuk menjuarai UCL buat kali ketujuh dan Real Madrid dalam misi untuk melakar kejuaraan hatrik.



Sumber Liverpool mara ke final

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2riWqp8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.