(15 Foto) ‘Tuduh Anak Usia 8 Tahun Gay’- Ibu Dan Kekasih Tergamak Dera Anak Kunci Dalam Kabinet, Pukul Dengan Kayu Besbol, Tembak Pistol Angin Dan Beri Makan Najis Beberapa Bulan Hingga Mati..
Los Angeles: Ibu dipenjara seumur hidup manakala teman lelakinya dihukum mati kerana menyeksa dan mendera anak lelakinya berusia lapan tahun hingga mati semata-mata menuduh kanak-kanak itu gay.
Gabriel bersama ibunya |
Pearl Fernandez, 34 dan Isauro Aguirre, 37, dijatuhkan hukuman itu, kelmarin kerana mengakibatkan kematian Gabriel pada Mei 2013.
Mangsa diseksa selama beberapa bulan oleh pasangan terbabit di rumah mereka di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Mereka menguncinya di dalam kabinet malah memukul dengan kayu besbol serta menembaknya dengan pistol angin.
Pendakwa raya memberitahu mahkamah, mereka memaksa Gabriel tidur dengan mata ditutup kain di dalam kabinet selain memberinya makan najis.
Dia dikejarkan ke hospital pada 23 Mei 2013 kerana pernafasannya terhenti.
Pemeriksaan doktor menemui pelet peluru tertanam pada paru-parunya dan mangsa turut mengalami keretakan tengkorak.
Gambaran kecederaan yang dialami oleh Gabriel |
Dalam penghakimannya, Hakim Mahkamah Tinggi Daerah Los Angeles, George Lomeli menyifatkan kes perbuatan pasangan kekasih itu lebih teruk daripada haiwan.
“Haiwan pun tahu bagaimana menjaga anak mereka. Memang dalam 20 tahun kerjaya saya, ini kes paling teruk pernah saya lihat.
“Saya harap kamu berdua tidak lena tidur pada waktu malam. Biar kamu terjaga dan dihantui dengan perbuatan kejam kamu ini.
Kekasih ibu Gabriel |
Ibu Gabriel |
“Fikirkan, kecederaan dilakukan kepada kanak-kanak yang cuma berusia tujuh tahun ini,” katanya.
Datuk dan nenek Gabriel menghadiri hari pengebumian Gabriel.. |
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MhWazP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment