(VIDEO) ‘Kulit Merekah, Melecur Teruk Dan Berdarah.’ Kaki Bayi Usia 4 Hari Terpaksa Dipotong Gara-Gara Kecuaian Jururawat Tinggalkan Bayi Dengan Alat Pengering Terpasang Menghala Kaki Bayi Selama 30 Minit..
ZHUMADIAN, China: Sekumpulan doktor di China bertungkus-lumus menyelamatkan kaki seorang bayi berusia empat hari daripada dipotong akibat kecuaian seorang jururawat di Hospital Xincai.
Namun, usaha itu gagal apabila kaki bayi berkenaan melecur teruk dan terpaksa dipotong bagi menyelamatkan nyawa bayi berkenaan yang diletakkan di unit rawatan rapi bayi.
The Sun melaporkan, kaki bayi itu melecur akibat alat pengering bersuhu tinggi yang dihalakan ke bayi itu kira-kira 30 minit.
Kejadian itu bagaimana sempat dirakam menerusi kamera CCTV yang memperlihatkan seorang jururawat sedang mengeringkan bayi tersebut selepas mandi.
Dalam video berkenaan, jururawat itu meninggalkan bayi tersebut dengan alat pengering yang masih berfungsi.
Doktor bedah di hospital berkenaan menjelaskan, kulit bayi itu mulai merekah dan berdarah."Jika perkara itu dapat dielakkan bayi berkenaan mungkin hanya mengalami luka ringan," katanya.
VIDEO:
VIDEO:
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2t1jIQv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment