Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Tergamak Ibu Buang Saya Dalam Mangkuk Tandas.” Bayi Lelaki Seberat 2.6 Kg Ditemui Lemah Dalam Mangkuk Tandas Stesen Minyak RnR Rawang.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Tergamak Ibu Buang Saya Dalam Mangkuk Tandas.” Bayi Lelaki Seberat 2.6 Kg Ditemui Lemah Dalam Mangkuk Tandas Stesen Minyak RnR Rawang..



BAYI lelaki seberat kira-kira 2.6 kilogram ditemui dalam keadaan lemah di dalam mangkuk tandas di stesen minyak Hentian Rewat dan Rawat Arah Utara dekat Rawang, 9.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, bayi lelaki berkenaan ditemui oleh penyelia pembersihan di dalam tandas wanita ketika ingin melakukan kerja pembersihan.


"Bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui bersama uri yang dibungkus dengan kain batik.

"Ketika ditemui bayi berkenaan sedar dan menangis. Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan," katanya.


Ali berkata, bayi lelaki berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan pada bahagian badan dan kelihatan sempurna.

"Doktor tidak dapat mengesahkan bangsa bayi berkenaan, namun pihak polis akan menjalankan siasatan berhubung kejadian.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber: Harian Metro


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MlSe0D

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.