Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) 'Kejar Dan Baling Kasut Pada Kucing Jalanan.' Tindakan Bapa 3 Anak Aniaya Kucing Dirakam CCTV, Akhirnya Bawa Padah Didenda RM2,000 Oleh Mahkamah.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) 'Kejar Dan Baling Kasut Pada Kucing Jalanan.' Tindakan Bapa 3 Anak Aniaya Kucing Dirakam CCTV, Akhirnya Bawa Padah Didenda RM2,000 Oleh Mahkamah..



Tindakan seorang lelaki yang membaling kasutnya kepada seekor kucing jalanan di lobi lif kondominium membawa padah apabila dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu ke atas Zaini Othman, 59, selepas lelaki itu yang kelihatan sugul, mengaku bersalah atas pertuduhannya.


Mahkamah turut memerintahkan Zaini yang juga seorang arkitek selaku Orang Kena Saman dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda yang dikenakan itu.

Pada 20 September 2017 lalu, antara jam 6.40 petang dan 6.43 petang, dia didakwa secara tidak wajar menakutkan seekor kucing berwarna hitam dengan membaling menggunakan kasut miliknya di tingkat 1, Lift Lobi Intan Tower Maskiara Residence, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, di sini.


Pertuduhan mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 dibaca bersama Akta Binatang (Pindaan) 2013 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 44(1) akta sama membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Ketika rayuan, Zaini yang tidak diwakili peguam dalam nada tersekat-sekat menahan tangisan memberitahu mahkamah bahawa dia tidak tahu perbuatannya itu merupakan satu kesalahan dan merayu tidak dikenakan hukuman penjara kerana mahu menyambut hari raya Aidilfitri minggu hadapan.


Bapa kepada tiga orang anak itu juga memberitahu dia berpendapatan rendah serta tidak tetap dan memohon kasutnya yang digunakan untuk membaling kucing itu yang telah diambil penguatkuasa veterinar dipulangkan kepadanya.

No automatic alt text available.

Namun, Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Sharif Sabran memohon hukuman berat dikenakan mengambil kira lelaki itu telah melakukan perbuatan tidak wajar kepada seekor kucing yang tidak mempunyai kebolehan untuk berkata-kata dan tidak mempunyai pemilik.


Mengikut fakta kes, seorang penghuni kondominium itu telah menerima satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kezaliman terhadap binatang iaitu yang menunjukkan tertuduh telah membaling kasutnya kepada kucing itu.

Dalam video itu jelas menunjukkan kucing tersebut dalam ketakutan apabila cuba melarikan diri dari Zaini yang mengejarnya dan beberapa kali membaling kasut ke arah kucing tersebut lalu pengadu membuat laporan polis.



Sumber : Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HCe1hd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.