Hi! Welcome Back and Stay Tune! “MARA Milik Rakyat Marhaen, Bukan Orang Kaya.” Syed Saddiq Akan Pastikan Tindakan Keras Diambil Jika Anak Orang Berpendapatan Tinggi Menerima Tajaan MARA.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“MARA Milik Rakyat Marhaen, Bukan Orang Kaya.” Syed Saddiq Akan Pastikan Tindakan Keras Diambil Jika Anak Orang Berpendapatan Tinggi Menerima Tajaan MARA..



Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan memastikan kemudahan tajaan pelajar di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) dapat memanfaatkan golongan yang berkelayakan.

Beliau yang merupakan Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memandang serius berhubung dakwaan terdapat pelajar daripada golongan berpendapatan tinggi ditaja di bawah kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH).


“Saya pandang isu ni secara serius. Kalau ada anak orang kaya yang ditaja bawah kerajaan baharu ini, saya akan pastikan tindakan keras diambil ke atas pihak tersebut.

“Mara milik rakyat marhaen, bukan orang kaya,” kata Syed Saddiq menerusi status yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya pada petang Ahad.


Beliau berkata demikian bagi mengulas persoalan seorang netizen yang mendakwa bahawa terdapat pelajar golongan kurang berkemampuan tidak mendapat kemudahan Mara tetapi sebaliknya ia diberikan kepada pelajar golongan berpendapatan tinggi.



“Apa pasal anak orang miskin tak dapat (tajaan) Mara, yang dapat Mara anak orang kaya?,” soal pengguna Twitter @Reshz yang turut mendakwa terdapat pelajar mendapat ‘pointer’ tinggi tidak diberikan tajaan agensi itu.

Sehubungan itu, Syed Saddiq meminta butiran berhubung dakwaan tersebut bagi membolehkan beliau mengambil tindakan sewajarnya.


Mara yang merupakan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ditubuhkan bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan dan menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan khususnya di luar bandar.

Antaranya adalah kemudahan pinjaman dan tajaan dengan memberi keutamaan kepada pelajar cemerlang dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana.






✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MlSlcz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.