Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Pengeras Seperti Pulut Kuning, Telur Rebus, Ayam Panggang Ditemui Bawah Katil Pesakit.” - Doktor Kongsi Penemuan Benda-Benda Khurafat Milik Pesakit Melayu Islam Yang Masih Mengamalkan Perbuatan Khurafat Dan Syirik.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Pengeras Seperti Pulut Kuning, Telur Rebus, Ayam Panggang Ditemui Bawah Katil Pesakit.” - Doktor Kongsi Penemuan Benda-Benda Khurafat Milik Pesakit Melayu Islam Yang Masih Mengamalkan Perbuatan Khurafat Dan Syirik..



SEHARI dua ini, ramai orang sebut-sebut pasal sup bunjut yang disalah ertikan sebagai barang sihir dalam drama Nur. Jadi, aku nak jugalah cerita pengalaman aku terjumpa 'sup bunjut' yang bukan untuk masak sup. Jangan terkejut jika aku beritahu di zaman ini, masih ramai yang menggunakan barang-barang ini. 

Sepanjang aku bekerja di hospital, sudah beberapa kali aku terjumpa barang-barang dan perkara khurafat yang diamalkan oleh kita (Melayu Islam). Antaranya adalah tangkal, wafak, amalan dan pengeras. 

Salah satu barang yang aku sering terjumpa adalah jenis bunjut. Ada warna merah, kuning dan putih. Aku tak tahu apa signifikannya warna-warna ini dan apa fungsinya. Mungkin sihir yang memudaratkan pesakit atau mungkin juga untuk memulihkan pesakit. Lazimnya ia diletakkan di bawah selimut atau batan pesakit yang tak sedarkan diri. 

Bunjut merah diselitkan di bawah selimut pesakit yang tak sedarkan diri. Dijumpai pada seorang pesakit di wad. FOTO - Dr Kamarul Ariffin

Kalau aku terjumpa, aku akan beritahu ahli keluarga dan suruh mereka buang. Nak buang sendiri, bimbang aku pula yang terkesan nanti. Kalau tak kena sihir, kena marah dengan ahli keluarga. Jadi, kita nasihat sahajalah ahli keluarga. 


Kedua, jenis wafak. Wafak ini adalah ayat-ayat atau gambar rajah yang ditulis pada kertas atau batu dan dipakai dalam kalung, cincin, tali pinggang dan sebagainya. Ada juga yang ditulis di anggota badan. Kadang-kadang ditulis dalam tulisan jawi (bukan ayat Al-Quran) atau rajah geometri. Ia dipakai sebagai pendinding. 

Wafak dengan tulisan jawi(Bahasa Melayu) + kepingan besi + kain hitam. Ia dimasukkan dalam lipatan tali pinggang. Dijumpai di Jabatan Kecemasan Zon Merah. Pemiliknya tidak diketahui. FOTO - Dr Kamarul Ariffin

Pernah saya terlihat seorang pesakit strok yang di betisnya lumpuh tertulis dengan salah satu nama Allah iaitu Al-Ghafur yang bermaksud, "Yang Maha Pengampun". Rasanya tak elok tulis nama Tuhan di anggota kaki. 

Seorang pesakit strok yang di betisnya yang lumpuh tertulis dengan salah satu nama Allah, iaitu Al-Ghafur yang bermaksud "Yang Maha Pengampun". Rasanya tak elok tulis nama Tuhan di anggota kaki. FOTO - Dr Kamarul Ariffin

Ketiga, jenis tangkal. Ia juga dipakai sebagai barang kemas, tali, cincin dan sebagainya. Namun tak ada apa-apa tulisan. Khabarnya barang-barang ini sudah dijampi dan boleh menjadikan seseorang itu kebal. Hairannya, sakit dan sampai masuk ke hospital juga.


Keempat, jenis ritual (amalan). Yang ini jika perhati kelakuan mereka, pasti kau orang akan meremang. Ada yang menari atau buka bunga silat setiap malam sebelum tidur. Ada yang meninum sesuatu yang mencurigakan. Ada perah limau pada anggota yang terjejas. Ada yang baca jampi atau menyanyi.

Kelima, jenis pengeras. Ini pun seriau bila ternampak. Ada tinggalkan buah-buahan di bawah katil, Pulut kuning, telur rebus dan malah ada yang sediakan ayam panggang. 

Susuk logam berbentuk jarum jarum halus di sekitar kiri muka. Di kening, pipi dan rahang. Pesakit beritahu ia untuk rawat Bell's Palsy (lumpuh sebahagian muka). FOTO - Dr Kamarul Ariffin

Keenam, jenis susuk. Susuk lazimnya diperbuat daripada logam seperti emas atau beliau. Maka ia boleh dilihat dalam imej X-ray. Selalunya dijumpai di X-ray muka, dada (payudara) dan anggota lain. Kebanyakannya yang dijumpa secara tidak sengaja. 


Amalan-amalan ini masih belum luput. Ia bukan sahaja diamalkan oleh generasi lama malah dilakukan juga oleh golongan muda. Ada yang mengatakan ia bukan kesalahan setelah ditegur oleh petugas kesihatan.

Jika dalam kesulitan, carilah ikhtiar yang dibenarkan oleh syarak. Carilah Tuhan dan mohonlah terus kepadaNya. Jangan gunakan perantara yang diragui. Moga kita semua dilindungi daripada kepercayaan khurafat.


Petugas Hospital

Nota: gambar-gambar ini saya yang ambil sendiri.

Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JFww66

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.