Hi! Welcome Back and Stay Tune! " Alhamdulillah... Ambo Susah Nak Pera (Pelihara) 3 Cucu." Sebak, Nenek Membanting Tulang Demi Jaga 3 Cucu Selepas Ibu Alami Masalah Jiwa Diceraikan Suami Ketika Dalam Pantang Anak Bongsu.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

" Alhamdulillah... Ambo Susah Nak Pera (Pelihara) 3 Cucu." Sebak, Nenek Membanting Tulang Demi Jaga 3 Cucu Selepas Ibu Alami Masalah Jiwa Diceraikan Suami Ketika Dalam Pantang Anak Bongsu..



Nama Raja Shamri Bin Raja Hussin atau lebih mesra dikenali sebagai “Abang Raja” adalah tidak asing lagi di negara kita. Beliau juga merupakan salah seorang pakar motivasi yang terkemuka di Malaysia.


Beliau merupakan orang kelainan upaya (OKU) yang dilahirkan dengan tidak sempurna sifat. Kaki kanannya tiada, dan beliau bergerak menggunakan kaki palsu. Jejari pada tangan kanannya bercantum. Namun, kekurangan itu tidak dijadikan rintangan untuk beliau berbakti kepada masyarakat yang dilanda bencana. Pada tahun 2015 beliau di anugerahkan Tokoh Belia Negeri Kelantan oleh Majlis Belia Malaysia serta Tokoh Wira Rakyat oleh Kerajaan Negeri dan Anugerah Tokoh Anak Muda Kelantan atas jasa dan pengorbanan beliau menerajui, menyelaras dan membantu misi kemanusiaan mangsa banjir. Menerusi laman facebook miliknya kali ini, beliau telah terserempak dengan seorang nenek yang sudah uzur tapi masih gigih dalam meniaga serai untuk membesarkan cucu-cucunya, ikuti perkongsian dari beliau.

Assalamualaikum wth... Pada Isnin 4 Jun 2018 saya ke Pasar sementara Cabang 3 Peng. Chepa untuk membeli sayur yg di pesan isteri. Ketika dalam perjalanan keluar saya ditegur oleh seorang nenek tua yang merayu supaya membeli serai jualannya.. 

"Awe tak sir beli serai ke... Murah jah... Serial seikat... " sambil memandang sayu ke arah saya..


Hati saya tersentuh melihat keadaannya yang kelihatan uzur (kurang pendengaran) dan terketar ketar... Walaupun telah membeli seikat serai dari gerai lain... Saya membeli juga seikat serai darinya kerana kasihan dan tidak mengambil wang baki RM 20 darinya.. Dia mengucapkan terima kasih sambil mencium wang tersebut berkali kali dengan mata yang berkaca... 

" Alhamdulillah... Ambo susah nak pera (pelihara) 3 cucu"

Mata saya mula masuk habuk dan berair... Saya mengambil kesempatan utk bertanyakan tempat tinggalnya.


Alhamdulillah... Pada 6 Jun 2018 saya berkesempatan mengunjungi rumahnya di Kg Cempaka. Pada hari itu dia sedang berkebun di kebun serai di halaman rumahnya. Semua cucunya tiada di rumah kerana bersekolah di SK Cempaka. 
  • Suryani - 9th
  • Fikri - 8th
  • Satirah - 7th
Image may contain: one or more people and people standing

(Nenek Sepiah dah lupa nama bekas menantunya). Ibu kepada anak anak malang ini.. Rosmawati bt Yunus 38...seorang ibu tunggal mengalami masalah jiwa selepas diceraikan suami ketika dalam pantang anak bongsu (dalam jagaan bekas suami) dan telah 3 tahun berada dalam wad jiwa di Hospital HRPZ 11 Kota Bharu. Terpaksalah Nenek Sepiah menjaga cucu2 nya seorang diri. Nenek Sepiah mendapat bantuan JKM 150 sebulan utk ketiga tiga cucunya.


Kemudian saya dimaklumkan oleh jiran jiran bahawa Nenek Sepiah mempunyai seorang kakak Mek Som bt Dollah 91th (tinggal bersama dengan anaknya berhampiran rumah Nenek Sepiah) yang juga berjualan sayur sepertinya (pada hari saya jumpa Nenek Sepiah di pasar dia tidak berniaga kerana demam.

Image may contain: one or more people

Buat para dermawan yang tinggal di kawasan Peng. Chepa dan berkesempatan untuk mengunjungi Pasar Sementara Peng. Chepa bantulah kedua dua hamba Allah ini bagi meringankan beban hidup mereka.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Cikgu Wan Ahmad Zairi (0139329821) Thirdforce Kota Bharu.

# Jom pakat bantu sikit sorang utk sama2 menambahkan saham akhirat kita
# Jom pakat jadi orang baik baik 
# Thirdforce... Together we are stronger



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JErxCP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.