(VIDEO) “Setiap Hari Bangun Tido Aisya Mesti Menangis.. Nak Papa Je.. Tapi Tidur Tetap Nak Peluk Mama.” Ibu..
“AISYA kuat lawan sikit ye (ya) trauma tu... Insya-Allah Aisya akan cantik seperti dulu,” kata Siti Noorfadilah Yusofe dalam entri di laman sosial Facebooknya, hari ini.
Siti Noorfadilah, ibu kepada Nur Aisyah Hasmizan, bayi 17 bulan yang dilarikan oleh seorang lelaki warga Nepal yang memecah masuk rumah keluarganya di Kampung Parit Lanjut, Mukim Sungai Terap di Muar berkata, anak bongsunya itu juga pasti akan menangis setiap kali bangun dari tidur.
“Setiap hari, bangun tidur Aisya (panggilan Nur Aisyah) mesti menangis... nak papa je (saja). Bila tidur dia tetap nak peluk mama.
“Kalau dah menangis susah tau nak pujuk. Dia jadi manja sangat ni. Aisya memang manja dengan papa... siap tak nak tengok mama lagi. Aisya kuat lawan sikit ye trauma tu. Insya-Allah Aisya cantik macam dulu,” katanya.
Siti Noorfadilah juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu keluarganya ketika menghadapi berita kehilangan Nur Aisyah, awal pagi Khamis lalu.
“Sebelum lupa, nak (hendak) ucapkan terima kasih kepada semua yang membantu ketika Aisya hilang. Paling banyak beri sokongan moral ialah adik beradik dan sanak saudara, moga dapat tolong hingga Aisya keluar... polis masih suruh berjaga-jaga dengan apa yang berlaku kerana motif sebenar kejadian masih belum tahu.
“Kepada rakyat Malaysia dan jika terlupa siapa lagi, terima kasih tak terhingga, risaukan Aisya dari hilang sampai sekarang. Saya tiada harta untuk dibagi (diberi) kepada semua yang baik hati tapi saya berdoa moga Allah balas jasa anda semua,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi Khamis lalu, Nur Aisyah dilarikan individu yang tidak dikenali yang memecah masuk rumah keluarganya.
Bayi itu ditemui polis di kawasan belukar, kira-kira satu kilometer dari rumah keluarganya, jam 3.45 petang, hari sama.
Penemuan itu susulan penahanan seorang lelaki warga Nepal berusia 25 tahun bersama-sama dengan sebuah telefon bimbit yang turut dilarikan dalam kes berkenaan, di sebuah rumah kongsi di Kampung Bukit Treh, dekat Muar kira-kira jam 9 pagi.
Ketika ini, Nur Aisyah masih ditempatkan di dalam wad di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar dalam keadaan stabil.
Bagaimanapun, bayi itu masih perlu mendapatkan rawatan lanjut pakar perubatan.
Sumber: Diela Yusofe (Ibu Aisya)
Sumber: Diela Yusofe (Ibu Aisya)
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2sQtLIZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment