“Doktor Kata Lelangit Dah Hitam, Baby Dibius, Dibuka Mulut Nampak Kesan Koyakan Besar Sebenarnya Dari Tengah Sampai Hampir Tekak.” Gara-Gara Tercucuk Batang Aiskrim Dalam Tekak, Bayi Ini Mengalami Luka Dan Koyakan Serta Perlu Dibedah..
BAHAYA BATANG AISKRIM
Ini adalah pesanan khidmat masyarakat supaya kita ibu bapa penjaga lebih berhati-hati. Ya, kemalangan boleh terjadi bila-bila masa dan pelbagai keadaan termasuklah hanya dengan batang aiskrim biasa.
Umminya yang minta tolong ia disebarkan agar pengalaman ngeri ini tidak berulang pada orang lain. Beliau tak mampu nak taip dalam keadaan sekarang.
Ketika ummi sedang bersiap ambil kakak sekolah, tiba-tiba terdengar anak paling kecil menangis sekuat-kuatnya. Berhampiran dengannya adalah si abang menyorok di balik perabot. Bila ummi menghampiri baby setahun setengah ini dalam keadaan terlungkup, beliau terkejut mulut penuh darah. Di sisinya ada batang aiskrim yang berdarah. Ummi dongakkan kepala nak lihat dari mana datangnya darah. Dari lelangit!
Ummi terus bersiap dan pergi klinik berhampiran dengan baby berlumuran darah. Klinik hanya cek sikit dan beri antibiotik. Ummi balik rumah dan baby tido mungkin sebab penat menangis. Nampak keadaan seperti terkawal.
Bila baby bangun tido, buka je mulut, darah penuh mulut. Ummi terus bersiap nak hantar ke hospital terdekat (Kulai). Bagus doktor di Kulai. Doktor di hospital tersebut cek dan kata ianya masih terkawal. Sedikit koyak di bahagian lelangit. Kes dirujuk ke HSA kerana di sana terdapat pakar. Ummi balik rumah untuk berbuka dengan pesanan doktor, kalau bleeding malam, terus ke HSA.
Nak jadi cerita, baru seteguk air ummi minum, kaki adik dibentes abg. Darah keluar membuak-buak jauh lebih banyak dari keadaan pertama. Ummi drive dan nenek pegang baby. Baju nenek basah dengan darah. Sampai HSA, doktor kata lelangit dah hitam. Kena tahan wad. Esok akan dibedah. Perlu puasa.
Esoknya Ummi masuk sekali dewan pembedahan. Lihat baby dibius, dibuka mulut nampak kesan koyakan besar sebenarnya dari tengah sampai hampir tekak. Doktor minta ummi yg nampak stress, keluar. Bayangkanlah perasaan seorang ummi. Kat luar tentunya lagi stress. Huhu
Masa berejam rasa berhari-hari lamanya. Selesai operation, doktor terangkan lelangit baby kena 6 jahitan dan daging yang terkeluar telah dimasukkan semula. Doktor sendiri tak sangka batang aiskrim boleh menyebabkan sebegitu ngeri kesan. Dan lelangit yang kena batang aiskrim tersebut bukanlah di bahagian lelangit yang lembut.
Sebulan dari sekarang, baby tak dibenarkan makan makanan yang keras. Makan bubur je. Sebab kalau berlaku infection atau luka lagi, perlu lalui proses yang sama lg. Erkkkkk
Semoga kisah ini menjadi panduan buat semua. Terima kasih Ummi yang kuat, kerana sudi kongsi kisah ini. Saya hanya ceritakan semula. Entah bagaimana seorang ummi laluinya. Terima kasih doktor berdedikasi di Kulai dan JB. Semoga Allah balas berganda kebaikan semua. Kisah dilalui oleh adik ipar yang gagah- Nurul Ezuanayante.
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2sOilFk
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment