Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Wajah Saya Semakin Cepat Berkedut Seperti Datuk 80 Tahun." Pelajar Usia 18 Tahun Ini Tetap Positif Untuk Hadapi Hidup Walau Menghidapi Penyakit Yang Misteri.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Wajah Saya Semakin Cepat Berkedut Seperti Datuk 80 Tahun." Pelajar Usia 18 Tahun Ini Tetap Positif Untuk Hadapi Hidup Walau Menghidapi Penyakit Yang Misteri..



MELIHAT lelaki ini kali pertama, anda pasti meneka dia berusia 80 tahun.

Sebenarnya lelaki ini, Xiao Cui hanya seorang pelajar sekolah tinggi berusia 18 tahun yang mengalami keadaan kesihatan yang sangat jarang berlaku, menyebabkan otot muka dan kulitnya berkedut.

Cui bersekolah sekolah menengah di Harbin, China, tetapi anda tidak akan dapat meneka umurnya hanya dengan melihatnya wajahnya.


Dia lebih nampak seperti seorang pesara berbanding seorang remaja lelaki.

Dalam satu video Pear yang tular di China akhir bulan lalu, Cui berkata dia menyedari simptom pertama semasa sekolah rendah dengan wajahnya semakin berkedut sehinggalah ia menjadi seperti seorang lelaki warga emas pada masa sekarang.

Doktor belum memahami keadaannya, apatah lagi mencari cara untuk menghentikan penuaannya, jadi Cui tidak mempunyai pilihan selain menerimanya dan tetap positif.


Cui bagaimanapun bernasib baik kerana penyakit misterinya itu tidak memberikan kesan negatif terhadap kesihatannya dan keluarganya serta kawan-kawannya banyak memberikan sokongan untuk dia meneruskan kehidupan.

Dia adalah salah seorang pelajar terbaik di sekolah dan juga dikenali sebagai ‘Superman’ oleh beberapa rakannya kerana keupayaannya untuk cemerlang dalam pelbagai bidang.


Guru-guru juga memuji dirinya dan yakin walaupun berdepan kesulitan, dia dapat melanjutkan pengajian di universiti terbaik di China dan akan berjaya dalam apa jua tujuan bidang yang dipilih.

Remaja itu berkata kadang-kadang orang ramai mentertawakan penampilannya dan dia sangat sedih tetapi dia tahu satu-satunya cara untuk mengatasi keadaannya adalah untuk kekal positif.


"Saya berbohong jika saya kata saya tidak terganggu dengan penampilan saya, tetapi saya sentiasa menjadi orang yang positif, itu adalah kekuatan saya yang paling besar," kata Cui.

Cui kini sedang berusaha untuk lulus peperiksaan dan berharap dapat diterima masuk ke Universiti Beijing atau Universiti Tsinghua, dua institusi pembelajaran yang paling berprestij di China.




✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2sOibhc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.