"Majikan Selalu Fikir, Kerja Di Rumah Nanti Ponteng, Pemikiran Itu Perlu Diubah", Waktu Kerja Fleksible Untuk Wanita Perlu Dilaksanakan - TPM Wan Azizah..
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataannya berkata, waktu bekerja secara fleksible bagi golongan wanita dalam bidang pekerjaan yang relevan perlu dilaksanakan di negara ini.
Ini adalah bagi mengoptimumkan peranan dan sumbangan wanita dalam pekerjaan di samping terus komited menyeimbangkan tanggungjawab wanita sebagai isteri dan ibu.
"Kita perlu fikirkan bagaimana kaum ibu boleh sesuaikan diri dalam pasaran pekerjaan. Kita mempunyai ramai wanita yang berpendidikan tinggi dan memperoleh pencapaian yang amat baik. Dalam masa sama, mereka ada anak-anak untuk dijaga serta menyusukan anak.
"Kalau kita tidak terokai peluang yang ada ini, ia menjadi satu kerugian kepada negara. Waktu fleksibel memang bukan mudah tetapi ia boleh diketengahkan untuk sesuatu yang lebih efisien."
"Kita tahu ada majikan yang asalkan tugasan jalan, ada atau tidak ada di pejabat, itu masih boleh diterima. Namun, ada majikan yang sedikit ‘cara lama’, apabila tiada di pejabat, nampak macam tidak buat kerja.
"Sebab itu, kita perlu kajian supaya waktu fleksibel ini dapat diterima. Majikan selalu fikir kalau buat kerja di rumah, nanti ponteng dan sebagainya, pemikiran sedemikian perlu tukarlah bagi sesetengah bidang. Asalkan siapkan tugas, anda harus dapat bayarannya," kata beliau.
Berkenaan aspek pembangunan keluarga, Dr Wan Azizah berkata beliau ingin mengetengahkan konsep keibubapaan dan kebersamaan antara ayah dan ibu kerana berpendapat peranan institusi keluarga sebenarnya digalas oleh bapa.
"Saya mahukan konsep yang diistilahkan sebagai pembangunan keluarga, unitnya haruslah terdiri daripada bapa dan ibu bersama-sama menyumbang. Janganlah semuanya 'tanya emak, tanya emak.'
"Dalam Al-Quran seperti dalam Surah Luqman, di mana Luqman adalah seorang yang bijak. Dia bijak dan telah memberi nasihat kepada anaknya. Ini (peranan) bapa...jadi pentingnya, pada saya, untuk kaum bapa juga perlu bersama.
"Untuk pembentukan dan pembangunan sesebuah keluarga itu tercapai, ia perlukan kedua-duanya saling menyantuni supaya kaum ibu terbela, itu yang saya nampak," kata beliau. - Bernama
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2t2hMHm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment