Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kejam! Dua Perompak Tergamak Belasah Imam Kemudiaa Larikan Wang Tabung Surau Ketika Subuh.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kejam! Dua Perompak Tergamak Belasah Imam Kemudiaa Larikan Wang Tabung Surau Ketika Subuh..



DUA lelaki membelasah imam Surau Madrasah Al-Madrasathul Munawwarah, Semenyih Sentral, sebelum melarikan wang tabung surau berkenaan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengerusi surau berusia 48 tahun yang dimaklumkan oleh jemaah lain melihat lampu surau itu menyala tetapi pagar berkunci pada 6.25 pagi.


"Lelaki itu pergi ke surau berkenaan untuk menutup semua lampu surau sebelum beredar. Dia kemudian melihat kereta berwarna putih berada di depan surau itu, namun tidak mengesyaki sesuatu.

"Beberapa minit kemudian, dia sekali lagi datang ke surau itu dan mendapati lampu masih menyala dan mencari imam yang juga warga India yang tinggal di bilik di madrasah berkenaan," katanya ketika dihubungi di Kajang, hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, pemeriksaannya mendapati imam itu tiada di bilik dan surau berkenaan dalam keadaan berselerak selain tabung surau turut dipecahkan.


"Selepas beberapa minit, mangsa balik ke surau itu dan memaklumkan dia disamun dua lelaki.

"Berdasarkan keterangan mangsa, dia berjalan berseorangan menuju ke madrasah itu selepas selesai bersahur di kawasan berhampiran sebelum ditahan dua lelaki menaiki kereta," katanya.

Beliau berkata, mangsa memaklumkan dia diugut suspek menggunakan kayu dan ditarik masuk ke dalam kereta berkenaan.

"Difahamkan mangsa dibawa ke premis berhampiran Pasar Semenyih dalam keadaan mukanya ditutup dengan kain sebelum dipukul dan dipijak.

"Suspek meminta wang sebanyak RM 5,000 sebagai syarat untuk dilepaskan, namun mangsa memberitahu dia tiada duit.

"Mangsa ada memberitahu terdapat duit di surau berkenaan yang juga tempat tinggalnya bagi mengelak terus dipukul oleh suspek," katanya.


Katanya, suspek merampas kunci surau dan meninggalkan mangsa di Batu 3, Kampung Bahagia, Jalan Bangi Lama, di sini.

"Mangsa yang cedera di bahagian badan dan lebam di mata akibat dipukul balik ke surau berkenaan dengan menaiki teksi," katanya yang memaklumkan kejadian itu membabitkan kerugian sebanyak RM2,000.

Katanya, usaha mengesan kedua-dua suspek berkenaan sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2t19DmG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.