AMANAH ketengah 2 calon Iban untuk PRN Sarawak
KUCHING: AMANAH hari ini mengumumkan 13 calon untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak, termasuk dua calon bukan Islam untuk DUN Sebuyau dan Gedong.
Diumumkan di majlis pelancaran jentera pilihan rayanya di Hotel Grand Continental di sini, Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub berkata calon-calonnya akan bertanding di kawasan-kawasan majoriti Melayu.
Cabaran AMANAH akan dipikul oleh Mohammad Fidzuan Zaidi untuk DUN Demak Laut, Nani Sahari (Samariang), Abang Abdul Halil Naili (Muara Tuang), Othman Mustapha (Sadong Jaya), Andrew Jain (Sebuyau), Rapelson Richard Hamit (Gedong), Andri Zulkarnaen Hamden (Beting Maro), Jini Sahini (Kabong), Sufian Julaihi (Kuala Rejang), Fadillah Sabali (Semop), Ibrahim Bayau (Daro), Kiprawi Sabali (Jemoreng) dan Nurzaiti Hamdan (Balingian).
Ini merupakan kali pertama parti pecahan PAS itu akan bertanding dalam pilihan raya selepas ditubuhkan tahun lepas.
Andrew dan Rapelson merupakan calon etnik Iban dan bukan beragama Islam mewakili AMANAH. Andrew adalah seorang aktivis yang terbabit dalam aktiviti anti-pembalakan dan anti-perampasan tanah, manakala Rapelson adalah seorang aktivis untuk Persatuan Dayak Iban Sarawak (Sadia).
AMANAH diangka menghadapi pertandingan sengit di Muara Tuang, Semop dan Jemoreng dimana PBB mengetengahkan jaguh Idris Buang, Abdullah Saidol dan bekas mufti Perlis, Dr Juanda Jaya.
Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1r46DmL
Post a Comment