Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenapa tuduh saya bukan Islam? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenapa tuduh saya bukan Islam?

restoran-hakim

SHAH ALAM: Pemilik Restoran Hakim, Datuk Hakimsa Abdul Karim kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan dakwaan kononnya beliau bukan beragama Islam, selepas dua cawangan restorannya di Seksyen 7 diperiksa pihak berkuasa, Selasa lepas.

Dalam operasi membabitkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu, beberapa hiasan ayat suci Al-Quran di premis berkenaan diturunkan, kerana terdapat kesalahan cetakan.

Hakimsa berkata, lebih menyedihkan, fitnah itu menyentuh agama beliau, sedangkan beliau seorang Islam sejak dilahirkan.

“Saya juga telah mengerjakan haji, tetapi kenapa masih menuduh saya bukan Islam? Janganlah buat saya macam ini, dalam Islam juga kita tidak boleh menuduh sembarangan. Saya marah dan sedih, apabila ia menyentuh agama kita (Islam),” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau membuat laporan polis mengenai perkara itu di Balai Polis Seksyen 7, kira-kira jam 4 petang semalam.

Sementara itu, Ketua Pemuda Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Harisrajudin Alaudin mahu polis menyiasat perkara itu, selain akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi mencari dalang di sebalik dakwaan itu.

Semalam, JAIS dalam satu kenyataan mengesahkan, pemeriksaan di lapan premis makanan di Seksyen 7, termasuk di Restoran Hakim tidak melibatkan isu status halal, sebaliknya kerana premis berkenaan dikesan menggantung papan hiasan ayat Al-Quran yang mengandungi kesalahan cetakan.

– BERNAMA



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/22SZa5O

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.