Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kakitangan Rayani Air mahu saman CEO - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kakitangan Rayani Air mahu saman CEO

rayani-peguam

SEPANG : Kakitangan Rayani Air mendedahkan kepincangan yang didakwa berlaku dalam syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara yang telah digantung operasi selama tiga bulan berkuatkuasa 11 April lalu.

Pendedahan itu melibatkan isu pembayaran gaji pekerja, tidak membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), isu cermin kapal terbang retak dan pecah, tuduhan juruterbang mogok serta tuduhan kakitangan mensabotaj operasi syarikat.

Dalam sidang media hari ini, kakitangan Bahagian Pengoperasian Rayani Air yang mendakwa mewakili kakitangan syarikat itu, Zulkalnain Azlan berkata, sehingga kini Rayani Air gagal membayar gaji bulan Mac kepada 416 kakitangan yang keseluruhannya berjumlah RM1.5 juta.

“Kami telah melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang pada Ravi Alagendra (Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air) dan Datuk Kartiyani Govindan (Pengarah Kewangan) seandainya gagal membayar gaji kami pada hari Selasa minggu depan,” katanya yang ditemani 35 kakitangan syarikat pada sidang media itu.

Zulkalnain juga mendakwa, Rayani Air gagal membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kakitangannya sejak mula beroperasi awal September lalu berjumlah RM900,000.

Pengurus Stesen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) itu turut menjawab tuduhan Ravi yang mendakwa kakitangan syarikat terlibat mensabotaj operasi Rayani Air.

“Isu cermin kapal terbang pecah, ini bukan sabotaj tetapi disebabkan ‘over heating’. Keadaan di mana bila gelas berada dalam keadaan yang sejuk kita tuangkan air panas. Ia akan pecah.

“Begitu juga apa yang berlaku pada cermin pesawat. Tak ada manusia yang bodoh untuk pecahkan cermin pesawat, membahayakan nyawa penumpang, atau sengaja mensabotaj.

“Kerana yang bekerja dengan syarikat Rayani Air semuanya orang-orang yang profesional. Yang berpengalaman lebih 20 tahun. Dan Ravi pun tak mempunyai pengalaman sebanyak itu,” katanya.

Zulkalnain berkata, dakwaan juruterbang dan kakitangan syarikat itu mengadakan mogok pada 8 Mac lalu, juga tidak benar.

“Tiada seorang pun kakitangan operasi yang mogok seluruh negara.

“Saya ada bukti mengatakan kami tidak mogok dan saya sendiri telah mengetuai kakitangan yang lain berdepan penumpang yang penerbangan mereka telah dibatalkan dan janji-janji yang tak tertunai diberikan kepada mereka,” katanya.

Dia mendesak Ravi dan Kartiyani meminta maaf kepada kakitangan Rayani Air kerana sikap tidak profesional dan tuduhan melulu kepada kakitangan syarikat.
.
Zulkalnain berkata, beberapa pelabur berminat untuk melabur dalam Rayani Air supaya operasi dapat disambung semula tetapi menghadapi kesukaran kerana mendakwa Ravi ‘bermain tarik tali’.
Dia juga mendesak Ravi bertanggungjawab di atas kesusahan yang dihadapi pekerja selepas operasi syarikat digantung oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Sementara itu, Ravi ketika dihubungi FMT untuk mendapatkan penjelasan dakwaan itu berkata, kakitangan Rayani Air yang terlibat dalam sidang media itu pernah pekerja di Air Asia dan Malindo tetapi ditamatkan perkhidmatan.

“Awak boleh tanya Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Operasi penerbangan Rayani Air digantung selama tiga bulan berkuat kuasa 11 April lalu kerana gagal mematuhi peraturan ditetapkan Kementerian Pengangkutan dan DCA.

Sepanjang tempoh penggantungan sementara itu, DCA melakukan audit pengurusan serta keselamatan ke atas Rayani Air.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1T2YBBe

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.