Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mahathir pertahan fitnah enggan memohon maaf Ali Rustam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mahathir pertahan fitnah enggan memohon maaf Ali Rustam

ali-rustam

KUALA LUMPUR: Pasukan Penyiasat Khas atau ‘task force’ yang menyiasat Datuk Seri Najib Razak berhubung isu-isu 1MDB dan derma kontroversi RM2.6 bilion didesak supaya memohon maaf kepada Perdana Menteri.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam sekali lagi berkata demikian kerana mahu penyebaran fitnah mengenainya segera dihentikan demi masa depan negara.

“Apa yang penting ialah pihak bertanggungjawab telah memberi respon dan saya harap fitnah ini dihentikan dengan segera.

“Ini supaya kita boleh beri tumpuan kepada masa depan negara, itu yang lebih penting,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) hari ini.

Walaupun didesak berkali-kali, pasukan petugas khas yang diketuai bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan dianggotai oleh pasukan polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) dikatakan masih lagi membisu termasuk setelah Perdana Menteri disahkan tidak terlibat dalam isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

Mohd Ali yang juga Ahli Dewan Negara berkata, beliau mempertahankan Perdana Menteri kerana yakin Najib difitnah oleh media luar dan pembangkang serta Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam pada itu, bekas Naib Presiden UMNO itu juga membidas tindakan Dr Mahathir yang enggan memohon maaf kepada Najib walaupun beliau sedar Perdana Menteri difitnah.

“Saya percaya Tun M juga telah menuduh Perdana Menteri dan beliau tidak akan meminta maaf.

“Tun M tahu ia adalah fitnah yang telah dilemparkan oleh WSJ dan termasuk pembangkang khususnya DAP.

“Mungkin juga beliau kecewa kerana Mukhriz tidak dipilih sebagai Naib Presiden UMNO,” katanya.

Sebelum ini Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendesak Mohd Ali supaya berhenti membuat sebarang kenyataan berhubung siasatan yang sedang dilakukan pihak berkuasa terhadap Perdana Menteri dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

Katanya jika Mohd Ali mempunyai bukti sebaiknya beliau menyerahkan kepada mahkamah dan bukannya membuat kenyataan secara membuta tuli.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1WgZT0p

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.