Hi! Welcome Back and Stay Tune! PKR umum 35 nama calon untuk PRN Sarawak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PKR umum 35 nama calon untuk PRN Sarawak

baru-bian-pkr

KUCHING: PKR Sarawak hari ini mengumumkan 35 nama daripada 40 calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Sarawak 7 Mei depan.

Antara mereka yang dinamakan di sidang media Pengerusi Perhubungan PKR Sarawak hari ini, Baru Bian hari ini adalah Voon Shiak Ni untuk DUN Batu Kitang, Noel Changgai Bucking (Bukit Saban), Elia Bit (Marudi), Jamilah Baharuddin (Simunjan) dan Nur Hanim Mokhsen (Tupong.

Baru akan mempertahankan DUN Ba’ Kelalan.

Baki lima kerusi lagi belum ditentukan kerana PKR Sarawak masih belum memutuskan untuk bertanding di kerusi-kerusi berkenaan bagi mengelakkan pertembungan dengan AMANAH dan DAP.

Ketika ditanya pemberita, Baru enggan menamakan lima kerusi itu.

“Pimpinan PKR Sarawak akan menyelesaikan perkara ini sebelum hari penamaan (25 Apr). Ia sedang dirundingkan.

“Kami sedar kami hanya punyai dua hari lagi dan masa semakin terhad. Kita akan cuba lakukan yang terbaik,” katanya.

Ketika ditanya alasan penangguhan ini, Baru berkata PKR Sarawak cuba untuk mengelak daripada bertanding di kerusi-kerusi yang diingini DAP kerana mahu menumpukan usaha melawan Barisan Nasional.

“Ini normal dalam politik. Akan berlaku pertindihan kerusi. Kami di telah diberi mandat untuk merundingkan hal ini.”

DAP semalam mengumumkan senarai muktamad 29 calon.

Menurut Baru, individu-individu yang diketengahkan sebagai calon PKR kali ini merupakan campuran profesional, wanita dan pelbagai kumpulan umur.

“Kami berharap rakyat Sarawak akan menghargai parti kami yang berbilang kaum.”

Beliau berkata PKR yakin dapat menawan 35 kerusi, terutamanya selepas sokongan di kawasan pedalaman menunjukkan petanda positif.

“Kita menampilkan calon yang punyai kesungguhan dan telah berusaha sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Mereka diberi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk diisi.

“Kami berharap dapat melakukan yang lebih baik berbanding sebelum ini dengan persiapan-persiapan ini. Kami berharap kali ini mesej perubahan yang kami bawa boleh diterima pengundi luar bandar.”

Dalam pilihan raya lepas, PKR menang tiga daripada 49 kerusi yang ditandingi.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1WJZ8xt

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.