Hi! Welcome Back and Stay Tune! Guli dipercayai punca pelajar diserang histeria - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Guli dipercayai punca pelajar diserang histeria

histeria-guliPETALING JAYA: Tindakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemumin di Kota Bahru menyimpan guli yang jatuh bertaburan seolah-olah dibaling, dipercayai punca pelajar sekolah itu diserang histeria.

Kejadian berlaku jam 10 pagi pada Rabu, apabila tiga pelajar yang berada dalam bilik kokurikulum melihat ratusan biji guli bertaburan, seolah-olah dibaling.

Pelajar terbabit mengutip dan menyimpannya dalam almari sebelum kejadian sama berulang.

Tidak lama kemudian, ketiga-tiga pelajar berkenaan diserang histeria sebelum berjangkit kepada 17 rakan lain.

Berita Harian melaporkan, kejadian berkenaan berlarutan sehingga waktu petang apabila 18 lagi diserang histeria termasuk guru.

Sehingga semalam, lebih 30 pelajar dan guru diserang histeria menyebabkan sesi persekolahan semalam tamat lebih awal bagi mengelak keadaan menjadi lebih teruk.

Semalam, lapan lagi pelajar diserang termasuk beberapa mangsa berulang.

Warga SMK Kemumin dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta UMNO Pengkalan Chepa mengadakan solat hajat malam tadi bagi ‘membersihkan’ kawasan itu daripada gangguan.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SMK Kemumin, Azmi Abdullah, berkata pihaknya mengambil inisiatif mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin bagi membersihkan kawasan itu daripada gangguan.

“Seorang guru agama yang menyertai solat hajat malam tadi mengambil keputusan membuang guli yang dikatakan menjadi punca histeria itu ke laut di Pantai Cahaya Bulan (PCB),” katanya, lapor akhbar itu.

Sebelum ini, SMK Pengkalan Chepa 2 menjadi tumpuan sejak 11 April lalu apabila lebih 50 pelajar dan guru sekolah itu diserang histeria.

 



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/246Zoc0

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.