Hi! Welcome Back and Stay Tune! Guru wanita disahkan tidak dipatuk ular - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Guru wanita disahkan tidak dipatuk ular

ular

ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan Negeri Kedah mengesahkan guru wanita sebuah sekolah rendah di Mergong yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) semalam, selepas dipercayai dipatuk ular, sebenarnya tidak dipatuk reptilia berbisa itu.

Pengarahnya, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, hasil pemeriksaan pihak hospital ke atas guru terbabit tidak menemui sebarang tanda atau kesan patukan ular pada kaki kirinya.

“Guru itu ditempatkan di wad perubatan wanita di hospital itu untuk pemerhatian dan pemantauan lanjut.

“Pakar perubatan mendapati, guru itu berada dalam keadaan stabil, tanpa sebarang tanda patukan ular padanya, sebelum dibenarkan pulang pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini yang dipetik agensi berita Bernama.

Jelasnya, guru terbabit tiba di unit kecemasan HSB kira-kira jam 12.40 tengah hari semalam, mengadu mengalami rasa kebas pada kaki kirinya, selepas dipercayai dipatuk ular sawa burung, ketika mengambil barang dalam stor sekolah itu.

Bagaimanapun, menurut laporan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, seorang ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu berkata, ular itu telah dipukul sehingga mati oleh pengawal keselamatan sekolah terbabit, selepas guru itu dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1SA5a3P

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.