Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kes bunuh anak isteri: Suami syak isteri curang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kes bunuh anak isteri: Suami syak isteri curang

Abdul-Samah-Mat_polis_kill_600

PETALING JAYA: Kes pembunuhan isteri dan anak berusia 7 bulan di Rawang mempunyai perkembangan terbaru.

Menurut laporan China Press, suspek terbabit sanggup bertindak kejam membunuh isteri dan anaknya, kerana mengesyaki isterinya curang dan anak mereka yang berusia 7 bulan bukan darah dagingnya.

Perkara itu didedahkan lelaki berusia 30-an yang menjadi suspek utama polis sejak mula hingga hari ini, kerana polis mendapati semua petunjuk menjurus kepadanya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat ketika menghadiri sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak berkata, polis masih menunggu keputusan ujian DNA bayi itu, untuk memastikan jika mangsa adalah anak kandung suspek.

Katanya, suspek yang bekerja sebagai pemandu lori itu akan direman sehingga 27 April ini untuk membantu siasatan.

Berita Harian Online pula melaporkan, suspek itu dijangka didakwa di mahkamah Shah Alam, pada Isnin atau Selasa depan.

Pada jam 9 pagi 14 April lalu, Kamaljit Dorairaja, 34, dijumpai terbaring di lantai, manakala anaknya berada di atas tilam, di serbuah rumah teres dua tingkat di Taman Rawang Perdana 2, Rawang.

Kejadian itu disedari bapa saudara wanita itu kira-kira jam 9 pagi dan polis menahan suami mangsa jam 3 petang hari sama, bagi membantu siasatan.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1Sy2FvQ

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.