China Menghalang Akses Kepada Apple iBookstore Dan iTunes Movies
Melakukan perniagaan di China sekiranya anda syarikat dari luar bukanlah perkara yang mudah. Pelbagai peraturan perlu dipatuhi dan sekatan terhadap kandungan harus dipersetujui. Ini adalah bagi menghalang kandungan luar yang mengganggu sensitiviti pihak pemerintah tidak tidak akan dilihat oleh rakyat jelata. Sekiranya anda pernah ke China anda pasti tahu kesemua perkhidmatan Google dihalang dan digantikan dengan versi tempatan. Apple ialah antara golongan kecil yang masih mampu menawarkan perkhidmatan Apple Store mereka selepas mematuhi kehendak pemerintah.
Menurut laporan New York Times, akses kepada perkhidmatan Apple iBookstore dan iTunes Movies kini dihalang oleh pihak berkuasa China. Ini berlaku hanya enam bulan selepas kedua-duanya dilancarkan di negara ini. Sebab halangan dilakukan masih belum diketahui tetapi berkemungkinan besar adalah kerana akses kepada kandungan yang tidak ditapis untuk kegunaan tempatan. China semakin mengetatkan penapisan kandungan terutamanya di atas talian di bawah Presiden Xi Jinping.
Apple dilaporkan sedang berusaha untuk mengembalikan kedua-dua perkhidmatan ini dengan segera kepada pelanggan mereka di China. Pasaran Apple di China semakin berkembang dan dianggap penting bagi memetang jualan peranti Apple yang merudum sejak kebelakangan ini. Apple mungkin enggan bekerjasama dengan FBI untuk menyahsulit peranti. Tetapi sekiranya mereka perlu melakukan penapisan kandungan untuk mengekalkan momentum jualan di China, mereka nampaknya sanggup akur dengan arahan kerajaan China.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1SxW0Sf
Post a Comment