Arul sahut cabaran debat Tony Pua
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy setuju berdebat dengan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
Arul Kanda bagaimanapun berkata, ini adalah kali pertama seorang “hakim DAP” Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mahu berdebat dengan seorang “defendan”, selepas prosiding tamat dan laporan PAC dwipemihak dan kolektif dibentangkan.
“Untuk mengelak dimalukan buat kali kedua, saya harap YB Tony periksa dulu dengan Speaker Dewan Rakyat, sebelum membuat cabaran debat ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Apa yang jelas, katanya, walaupun Tony hampir dua hari mempersoalkannya dalam prosiding PAC, “wakil DAP, YB Tony masih mahu menghabiskan masa berkualiti dengan saya.”
“Pagi Khamis beliau kata saya patut letak jawatan dalam 1MDB. Pada malam Khamis, dia cabar saya berdebat dengannya.”
Menurutnya, adalah jelas Tony keliru kerana “dia tidak tahu sama ada dia sayang saya atau benci saya.”
Arul Kanda berkata, ramai pemimpin DAP, termasuk Tony yang menggelarnya penipu dan tidak mempercayai kata-katanya.
“Jadi, kenapa mahu berdebat, apabila anda tidak akan dengar atau percaya apa yang saya akan katakan,” soalnya.
Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1TV6ayw
Post a Comment