Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenyataan Menteri Luar Arab Saudi buktikan kumpulan Deklarasi Rakyat salah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenyataan Menteri Luar Arab Saudi buktikan kumpulan Deklarasi Rakyat salah

Azalina-Othman_adel-al-jubeir_600

PETALING JAYA: Kenyataan Menteri Luar Arab Saudi Adul Al-Jubeir baru-baru ini berhubung dana RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan apa yang dicanang pembangkang dan kumpulan Deklarasi Rakyat selama ini adalah tidak benar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kenyataan Menteri Luar Arab Saudi itu turut mengesahkan derma RM2.6 bilion itu diberikan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

“Sebelum ini ramai yang mempertikaikan kenyataan Peguam Negara bahawa wang derma itu bukan daripada 1MDB sebaliknya datang daripada Arab Saudi.

“Namun kumpulan Deklarasi Rakyat terus mengelirukan rakyat dengan menuduh Perdana Menteri terlibat menyeleweng dana 1MDB.

“Terbaru Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) turut membuktikan yang Perdana Menteri tidak terlibat dalam apa-apa salah laku dalam urusan syarikat 1MDB. Jadi siapa yang berbohong selama ini?,” katanya menerusi kenyataan.

Azalina yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut percaya rakyat semakin jelas mengenai isu derma RM2.6 bilion itu dan tidak akan mudah terpedaya dengan tuduhan-tuduhan palsu yang dibuat kumpulan Deklarasi Rakyat untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Terdahulu, Adel Al-Jubeir dalam satu kenyataan mengakui sumbangan dana kepada Perdana Menteri memang datang dari negara itu.

“Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.

“Justeru, setahu kami, isu itu ditutup,” katanya.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1qL5f8u

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.