Hi! Welcome Back and Stay Tune! PKR tidak mahu Mahathir tentukan siapa PM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PKR tidak mahu Mahathir tentukan siapa PM

mahathir-izzahPETALING JAYA: PKR tidak mahu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menentukan hala tuju pentadbiran negara, termasuk memutuskan pemimpin yang akan menjadi Perdana Menteri.

Perkara itu ditegaskan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang mahu lebih banyak suara rakyat Malaysia dalam memilih ketua kerajaan.

“Kita tidak mahu mantan diktator (Dr Mahathir) atau diktator terkini (Datuk Seri Najib Razak) menentukan hala tuju masa depan Malaysia.

“Maka, sebab itu saya minta lebih ramai rakyat untuk lebih aktif untuk memastikan diri mereka diwakili dalam pelbagai forum, termasuk Deklarasi Selamatkan Malaysia,” katanya pada sidang media hari ini.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah berkata, usaha menggantikan Najib selaku Perdana Menteri akan menjadi sia-sia, sekiranya sistem politik sedia ada dikekalkan.

Katanya, sistem politik negara yang disifatkan bejat itu adalah warisan pentadbiran Dr Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

“Bila sistemnya masih sama, penggantinya takkan mampu mengubah kebejatan yang wujud. Apa bezanya kalau Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri?

“Saya lihat yang kita mahu bukan sahaja tukar Perdana Menteri, tetapi menukar sistem yang kita warisi daripada Dr Mahathir,” katanya.

Nurul Izzah berkata, beliau kekal dengan matlamatnya untuk mengubah institusi dan mendidik rakyat Malaysia meneruskan usaha itu.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/20GEfU7

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.