Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kesihatan MB Kelantan sangat baik hari ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kesihatan MB Kelantan sangat baik hari ini

ahmad-yakobKOTA BHARU: Keadaan kesihatan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sangat baik hari ini, selepas beliau menjalani pembedahan kecil akibat pendarahan di bahagian kepalanya, semalam.

Setiausaha akhbarnya, Mohd Asri Mat Daud berkata, Ahmad masih menerima rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

“Beliau sempat berpesan kepada saya tadi, agar seluruh rakyat negeri Kelantan dapat menjaga kesihatan, khasnya pada cuaca yang semakin panas ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Asri berkata, Ahmad turut mengharapkan solat sunat Istisqa’ yang bakal diadakan di Padang Hoki, bersebelahan Padang Perdana, pada 22 April ini, dapat dihadiri rakyat bagi memohon Allah diturunkan kerahmatanNya secara berpanjangan.

“Walaupun menteri besar masih lagi berada di wad HUSM untuk rawatan susulan, namun beliau tetap mengambil tahu situasi rakyat dan turut menyampaikan salam kepada semua,” katanya.

Buat masa ini, pihak Pejabat Menteri Besar Kelantan mengharapkan tiada pihak akan melawat Ahmad bagi membolehkan Timbalan Mursyidul Am PAS itu berehat.

Ahmad dimasukkan ke HUSM pada Rabu lepas, setelah berasa sakit di bahagian kepala sejak seminggu lalu dan pihak hospital memaklumkan terdapat darah beku di kepalanya.

– BERNAMA

 



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1Se3Ccl

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.