Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengerusi SPAD perlu letak jawatan – 4PAM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengerusi SPAD perlu letak jawatan – 4PAM

Ajit-JohlPETALING JAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar perlu meletak jawatan, disebabkan kegagalan Pelan Transformasi Industri Teksi, kata Presiden Persatuan Pengguna Pengangkutan Awam Malaysia (4PAM), Ajit Johl.

Mengulas rakaman video yang menjadi viral baru-baru ini, di mana seorang pemandu teksi yang berang bertindak memaki seorang lelaki disyaki pemandu perkhidmatan pengangkutan dalam talian, Grab, Ajit berkata, pemandu teksi tidak patut mengambil tindakan sendiri.

Jelasnya, rakaman video itu jelas menunjukkan provokasi serta gangguan dan tidak kira kereta itu memberi perkhidmatan sah atau sebaliknya, pemandu teksi tiada hak menghalang kereta terbabit.

Beliau berkata, perbalahan terbuka antara pemandu teksi dan pengguna aplikasi perkhidmatan pengangkutan dalam talian berlarutan sejak tahun lalu dan SPAD yang sepatutnya mengambil tindakan terhadap “samseng-samseng itu”, gagal berbuat demikian.

“Jika pengawal selia tidak boleh menggantung pemandu-pemandu tidak berdisiplin itu kerana bertindak mengarut, apa gunanya ada mereka?

“Sudah berapa kali tunjuk perasaan berlaku? Berapa ramai pemandu teksi yang menjadi ‘anggota polis’?” soalnya sambil menambah, jika pemandu teksi menghadapi saingan yang menyebabkan punca pendapatan mereka terjejas, ia perlu ditangani dengan sewajarnya.

Sementara itu, SPAD dalam satu kenyataan kepada FMT memaklumkan, pihaknya belum menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian itu.

“SPAD tidak akan membiarkan pelanggaran undang-undang. Pemandu teksi tidak patut mengambil tindakan sendiri,” katanya.

Dalam kes di mana pemandu teksi berdepan pertuduhan jenayah, SPAD berkata, ia akan menunggu laporan rasmi daripada polis dan segera menggantung atau membatalkan Kad Pemandu individu atau Lesen Pengendali, jika seseorang pemandu teksi itu didapati bersalah.

“SPAD turut meneruskan penguatkuasaan ke atas teksi sapu, termasuk yang menggunakan Uber, Grab dan Blacklane,” katanya.

Sejak Jun 2011 hingga Mac 2016, SPAD telah menahan 611 teksi sapu, dengan 487 kes membabitkan teksi sapu telah dihadapkan ke mahkamah, sehingga kini.

Di bawah Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010, mereka yang didapati bersalah menawarkan perkhidmatan teksi menggunakan kenderaan tidak berlesen boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Rakaman video bertajuk “Pemandu Teksi Menyerang Pemandu Grab Car Memalukan Penumpang Pelancong #MalayaKita” dimuat naik ke Internet lima hari lalu dan telah ditonton sebanyak 20,000 orang.

Sejak itu, Grab menafikan pemandu yang diserang dalam rakaman video itu berkhidmat dengan syarikat terbabit.

 



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1T8EpAs

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.