Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penoreh getah kini hanya mampu raih RM400 sebulan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penoreh getah kini hanya mampu raih RM400 sebulan

izzah-penorehPETALING JAYA: Kira-kira 260,000 pekebun kecil yang mengusahakan tanaman getah didakwa memperoleh pendapatan hanya RM400 sebulan pada masa ini.

Penoreh getah memperoleh pendapatan di bawah garis kemiskinan akibat kejatuhan harga komoditi itu di pasaran dunia.

Sehubungan itu, kerajaan didesak menyemak semula Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kerana gagal membela nasib pekebun kecil berkenaan.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, situasi pekebun kecil mengusahakan tanaman itu sangat menyedihkan dan memerlukan tindakan segera.

“Harga getah semasa tidak mampu menampung kos sara hidup penoreh getah terutamanya mereka dalam kalangan kelompok termiskin.

“IPG tidak membantu penoreh getah mendapat sumber pendapatan berpatutan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Pengerusi Pimpinan PKR Kedah, Dr Azman Ismail.

Mengulas lanjut, Nurul Izzah berkata, mekanisme pembayaran tetap sebanyak RM1,200 sebulan terhadap penoreh getah perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah itu yang semakin meruncing.

Katanya, ia dapat menjamin pendapatan minimum untuk penoreh getah supaya golongan tani itu dapat meneruskan kehidupan.

Dalam perkembangan sama, Nurul Izzah berkata, cadangan pembayaran tetap itu akan diuar-uarkan oleh PKR menerusi siri jelajah #DemiPenoreh pada 17 dan 18 April ini.

Katanya, ia akan dibangkitkan dalam program ceramahnya di Padang Terap, Kubang Pasu, Pendang, Jerai, Bukit Selambau, Baling, Padang Serai dan Kulim.

 



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1YwW5aq

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.