Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saya pernah berlawan untuk orang Islam, kata Ramasamy - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saya pernah berlawan untuk orang Islam, kata Ramasamy

ramasamy_aceh_600GEORGE TOWN: “Saya pernah berlawan untuk orang Islam,” kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy yang kini menghadapi gelombang kritikan daripada kumpulan tertentu berhubung kenyataannya mengenai penceramah kontroversi, Dr Zakir Naik.

Menceritakan pengalamannya, Ramasamy berkata dirinya terlibat secara aktif dalam usaha membantu golongan tertindas di wilayah bergolak Aceh pada awal tahun 2000 — keputusan yang mengakibatkan kerjaya akademiknya terkorban, apabila Universiti Kebangsaan Malaysia menamatkan kontraknya sebagai pendidik.

“Pada ketika itu, hanya saya seorang rakyat Malaysia yang terbabit dalam gerakan itu. Orang lain tidak mahu bersama perjuangan rakyat Aceh kerana mereka bimbangkan tindakan balas daripada Indonesia.

“Saya tertarik menyertai gerakan itu kerana saya ada ramai pelajar Aceh.

“Saya juga seorang penasihat semasa memorandum persefahaman Helsinki, yang menyaksikan perjanjian keamanan dimeterai antara Indonesia dan Gerakan Aceh Merdeka (GAM),” katanya kepada FMT.

Aceh diberikan status wilayah istimewa susulan rundingan itu, yang memberikan negeri pancacita itu autonomi yang besar daripada Jakarta.

Ramasamy menganggap dirinya pejuang keamanan, dan telah melawan pelbagai ketidakadilan yang menimpa rakyat Palestin, serta etnik Tamil di Sri Lanka.

“Saya sarjana gerakan keamanan. Bagus kiranya kita melibatkan diri dalam kumpulan-kumpulan ini untuk apa yang diperjuangkan. Saya menyokong perjuangan untuk keadilan,” katanya.

Ramasamy menambah Malaysia memerlukan lebih ramai cendekiawan Islam seperti Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang berjuang untuk kebenaran.

“Nik Aziz seorang insan yang mengagumkan. Beliau tidak henti-henti melawan salah laku. Kita perlukan lebih ramai orang seperti itu,” katanya.

 



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1TVfUc0

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.