Kit Siang lepas, Loke daripada DAP terkini dilarang masuk Sarawak
// Oleh Steve Annuar //
MIRI: Setiausaha Penganjur DAP Anthony Loke merupakan ahli politik daripada Semenanjung Malaysia terbaharu yang tidak dibenarkan masuk ke Sarawak.
Beliau bersama para pemimpin DAP yang lain tiba di Lapangan Terbang Miri dengan menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur pada kira-kira jam 9.30 pagi tadi.
Loke ke Miri bersama veteran DAP, Lim Kit Siang untuk lawatan ke Rh Lansom Dabai Marudi yang dijadualkan pada malam ini.
Lim juga dijadual untuk merasmikan Pejabat Pilihan Raya DAP Miri di Miri Marina pada pagi esok.
Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1Sb3atd
Post a Comment