Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adenan dipuji kerana campur tangan dalam isu Rooney - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adenan dipuji kerana campur tangan dalam isu Rooney

KUCHING: Institusi kerajaan digesa sentiasa proaktif dalam menegakkan hak kebebasan beragama yang diperuntukkan dalam Perkara 11 Perlembagaan Malaysia.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Subramaniam dalam kenyatannya memuji tindakan campur tangan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dalam isu keagamaan yang membabitkan anak jati Sarawak, Rooney Rebit.

“Dalam perkara ini, Adenan telah campur tangan berhubung isu berkenaan dan menegakkan hak perlembangaan Rooney untuk menjadi penganut Kristian,” katanya.

Beliau yang juga presiden MIC turut mengalu-alukan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menarik balik kes tersebut.

Malah, jelasnya jabatan kerajaan itu juga diharap tidak akan meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi untuk menegakkan hak perlembagaan baginya mengamalkan agama Kristian.

“Ini adalah keputusan yang betul dan penting kerana masih terdapat individu yang menjadi mangsa keadaan.

“Mereka memeluk Islam tetapi tidak menjalani kehidupan sebagai seorang Islam,” kata Subramaniam dalam kenyataannya.

Jelasnya, percubaan untuk membetulkan keadaan itu bukan sesuatu yang mudah dan mempunyai kesan yang besar ke atas gaya hidup harian.

Subramaniam berkata bukan itu sahaja, malah ada yang tidak dapat berkahwin kerana identiti mereka tidak menentu selain tertakluk kepada status.

Beliau berharap itu dapat dijadikan sebagai rujukan dalam membuat keputusan bagi kes seumpamanya pada masa akan datang.

“Sebagai negara yang matang, stabil dan progresif serta terdiri daripada latar belakang yang berbilang agama, kita mempunyai kekuatan untuk mengatasi beberapa halangan.

“Namun apa yang penting ialah kita harus sentiasa mengukuhkan perpaduan negara,” katanya.

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1SKdBI3

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.