Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tindakan pantas bomba selamat rumah daripada terbakar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tindakan pantas bomba selamat rumah daripada terbakar

HANGUS: Keadaan perkakas elektrik yang hangus hingga menjejaskan salah sebuah bilik di rumah berkenaan.

HANGUS: Keadaan perkakas elektrik yang hangus hingga menjejaskan salah sebuah bilik di rumah berkenaan.

MIRI: Hasil tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan sebuah rumah dua tingkat daripada musnah terbakar dalam kejadian berlaku di Jalan Bunga Raya, Marudi kelmarin.

Kebakaran hanya melibatkan perkakas elektrik dan menjejaskan 40 peratus daripada salah sebuah bilik terletak di tingkat atas rumah diperbuat daripada konkrit.

Terdahulu menurut sumber, sebaik menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.41 pagi, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi terdiri daripada lapan orang diketuai Pegawai Bomba Kanan 1 (PBK1) Khairul Basri telah bergegas ke lokasi kejadian.

Setiba di tempat kejadian dua minit kemudian, bomba terus naik ke salah sebuah bilik terletak di tingkat atas setelah ternampak asap tebal keluar dari arah bilik berkenaan.

Apabila diperiksa, mereka dapati kebakaran hanya melibatkan sebuah peralatan elektrik di bilik berkenaan yang telah terbakar 10 peratus dan menjejaskan 40 peratus dari bilik berkenaan.

Anggota terlibat telah menggunakan aliran saluran bantu mula untuk memadam kebakaran dan pengudaraan.

Operasi tamat sepenuhnya dalam tempoh masa kurang 10 minit.

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1WFXr3C

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.