Rumah pengurus dipecah masuk, RM35,000 wang majikan lesap
KUCHING: Seorang pengurus sebuah syarikat kehilangan wang tunai RM35,000 milik majikannya selepas rumahnya di Taman Samarindah, Kota Samarahan dekat sini dipecah masuk semalam.
Difahamkan, lelaki berusia 26 tahun itu hanya menyedari perkara tersebut sebaik tiba di rumahnya dalam mendapati keadaan berselerak sekitar jam 6.30 pagi.
“Hasil pemeriksaan awal, mangsa mendapati sebuah komputer riba serta wang tunai RM35,000 milik majikannya yang disimpannya di dalam almari pakaian telah hilang.
“Selain itu, dipercayai suspek telah masuk ke dalam rumah mangsa melalui pintu belakang ekoran terdapat kerosakan akibat dibuka secara paksa,” kata sumber.
Sumber juga memberitahu, mangsa percaya kejadian tersebut berlaku antara 30 April hingga 2 Mei kerana ketika itu dia tidak berada di rumah atas urusan kerja di luar kawasan.
Laporan polis berhubung kejadian telah dibuat oleh mangsa dan siasatan lanjut polis masih dijalankan.
Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1rjmoG8
Post a Comment