Jangkaan 75 peratus
Oleh Patricia Gari//
KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka peratusan keseluruhan pengundi keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) 7 Mei ini, sebanyak 75 peratus.
Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah bagaimanapun berkata, peratusan pengundi keluar mengundi turut dipengaruhi keadaan cuaca dan faktor-faktor lain.
“Kita harap begitu, tetapi kita harus ingat keadaan cuaca itu juga memainkan peranan. Kalau 75 hingga 80 peratus, itu dikira (rekod) yang terbaik,” katanya kepada pemberita semalam selepas memantau proses pengundian awal di Pusat Pengundian Awal di Dewan Bukavu, Kem Penrissen di sini semalam.
“Kalau keadaan cuaca baik seperti hari ini (semalam) ketika hari mengundi kelak, saya yakin ramai yang akan keluar mengundi,” tambahnya.
Pada PRN11 ini, terdapat 1,138,650 pengundi berdaftar dan daripada jumlah itu, 1,113,522 adalah pengundi biasa, 25,022 lagi pengundi awal dan 106 pengundi pos.
Namun pada 7 Mei ini, pengundi berdaftar di dua kerusi iaitu Bukit Kota dan Bukit Sari tidak mengundi selepas kedua-dua calon Barisan Nasional (BN) di kerusi berkenaan menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon, 22 Mei lalu.
Kerusi Bukit Kota mempunyai 16,437 pengundi berdaftar, manakala Bukit Sari 12,418.
Mengulas mengenai proses pengundian awal semalam, Mohd Hashim berkata ia berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku.
Katanya, setakat jam 11 pagi peratusan pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka ialah 31 peratus, terdiri daripada 15,113 anggota tentera dan 9,491 polis bersama pasangan mereka di seluruh Sarawak.
“SPR membuka 79 Pusat Pengundian Awal hari ini (semalam) di seluruh Sarawak dan percaya peratusan pengundian awal akan mencecah 90 peratus menjelang petang nanti (jam 5 petang) berdasarkan semangat tinggi ditunjukkan anggota dan keluarga.
“Ini ditambah dengan cuaca yang baik hari ini (semalam),” katanya sambil menambah, selain ditutup jam 5 petang terdapat beberapa pusat pengundian awal ditutup pada jam 2 petang khasnya yang terletak di pedalaman dan mempunyai jumlah pengundi tidak ramai.
Penutupan awal pusat pengundian itu dibuat selepas mengambil kira faktor lain iaitu jarak dari lokasi penyimpanan peti undi yang selamat dan cuaca kerana Sarawak lazimnya hujan pada sebelah petang, jelasnya.
“Keselamatan peti undi adalah keutamaan kita. Peti-peti undi ini akan kita simpan di dalam lokap balai-balai polis berdekatan dan ia hanya akan dibuka bagi tujuan pengiraan pada 7 Mei nanti,” ujarnya.

Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1Z8wJzI
Post a Comment