Hi! Welcome Back and Stay Tune! Patah gigi ditumbuk gara-gara menjeling - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Patah gigi ditumbuk gara-gara menjeling

Oleh Kepu Sidi//

SARIKEI: Kejadian tumbuk membabitkan seorang pemandu kereta yang juga penyokong Parti Tindakan Demokratik (DAP) di lampu isyarat, Jalan Repok di sini pagi kelmarin setakat ini tidak melibatkan unsur-unsur politik.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei Superintenden Mat Jusoh Muhammad berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 2.30 pagi ketika mangsa, seorang lelaki, 29, memandu dari Jalan Dewan Suarah menuju ke rumahnya di Taman Susur Jambu.

“Menurut mangsa, ketika sampai di lampu isyarat Jalan Repok, lampu isyarat masih berwarna hijau dan mangsa meneruskan pemanduannya tetapi sebuah kereta Hilux datang dari arah bertentangan dan tidak diketahui nombor pendaftarannya tiba-tiba menghalang kereta mangsa di tengah-tengah lampu isyarat sekali gus menyebabkan mangsa berhenti.

“Selepas berhenti, seorang lelaki tidak dikenali mangsa keluar dari kereta terbabit dan berkata: ‘Apa jeling-jeling!’

“Selepas itu, lelaki terbabit terus menumbuk muka mangsa dan menyebabkannya hampir pitam. Akibat tumbukan itu mangsa mengalami kecederaan patah gigi hadapan sebelah atas, kembang bibir dan sakit di bahagian muka,” kata Mat Jusoh dalam satu kenyataan kepada media di sini, semalam.

Menurutnya, sebelum lelaki itu beredar dia memberitahu mangsa jika tidak puas hati mangsa boleh mencari beliau dengan nama ‘Ah Hong,’ namun mangsa mendakwa tidak mengenali sesiapa bernama ‘Ah Hong.’

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan kecederaan parah.

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1SKdCvy

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.