Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kancil ditemui semula, dua lelaki dicekup polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kancil ditemui semula, dua lelaki dicekup polis

KUCHING: Dua lelaki berjaya dicekup polis selepas penemuan semula sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang dilaporkan hilang di kawasan Padawan awal bulan lepas.
Menurut sumber, terdahulu seorang lelaki, 52, berasal dari Kampung Sungai Duuh, Siburan ditahan di sebuah rumah di Jalan Stapok Utama selepas polis berjaya mengesan kereta Kancil tersebut iaitu sekitar jam 2.30 petang.
Pemeriksaan lanjut mendapati kereta Kancil tersebut menggunakan nombor pendaftaran palsu.
“Suspek kemudian ditahan dan hasil soal siasat membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki berusia 32 tahun dipercayai rakan subahat suspek dari sebuah rumah di Jalan Dato Mohd Musa, Kota Samarahan.
“Kereta Kancil tersebut turut disita untuk siasatan lanjut,” kata sumber.
Kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan dan kes disiasat di bawah Seksyen 379a Kanun Keseksaan.


Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1rjmo9c

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.