Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suri rumah rugi RM2,000 ditipu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suri rumah rugi RM2,000 ditipu

SIBU: Seorang suri rumah kerugian RM2,000 selepas termakan janji manis seorang kenalan media sosial mendakwa dirinya ‘mat salleh’ dari Scotland.

Mangsa, 37, mula berkenalan dengan suspek dikenalinya sebagai Benjamin Owen melalui Facebook sejak Mac lalu mendakwa suspek tersebut menghantar hadiah kepadanya.

Menurutnya, beliau menerima satu panggilan daripada seorang lelaki pada 24 April lalu menyatakan beliau perlu membayar kos penghantaran hadiah tersebut kononnya sebagai bayaran caj pelepasan dikenakan oleh kastam di Kuala Lumpur.

Tanpa usul periksa, mangsa mendepositkan sejumlah RM2,000 ke dalam sebuah nombor akaun bank yang didaftar di atas nama seorang wanita pada 29 April lalu.

Namun, bungkusan hadiah yang ditunggu-tunggu tidak sampai sehingga semalam.

Menyedari dirinya ditipu mangsa tampil ke Balai Polis Sentral sekitar jam 11 semalam membuat laporan polis.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki menjadi mangsa tipu seorang kenalan wanita mendakwa membantu menguruskan pinjaman wangnya.

Difahamkan, mangsa berkenalan dengan wanita hanya memperkenalkan dirinya sebagai ‘Janice’ melalui applikasi WeChat.

Wanita tersebut dikatakan menasihatkan mangsa perlu membayar wang pendahuluan RM1,500 sebagai yuran guaman sebelum pinjaman wangnya diluluskan.

Seperti diarahkan, mangsa memasukkan wang pendahuluan tersebut tengah hari 30 April lalu.

Mangsa kemudian diarah berjumpa dengan seorang lelaki untuk urusan menandatangani surat perjanjian pinjaman tersebut.

Setelah menunggu tiga jam, mangsa sekali lagi menghubungi lelaki terbabit tetapi dimaklumkan untuk menambah lebih RM2,000 sebagai bayaran ansuran enam bulan pertama.

Curiga dengan pelbagai syarat dikenakan, mangsa mula terasa dirinya ditipu sebelum membuat laporan polis.

Kedua-dua kes tersebut kini dalam siasatan polis.

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1rjmq0X

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.