Hi! Welcome Back and Stay Tune! HTC Dikatakan Menangguhkan Pengenalan Jam Tangan Pintar Ke Bulan Jun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HTC Dikatakan Menangguhkan Pengenalan Jam Tangan Pintar Ke Bulan Jun

HTC telah diperkatakan beberapa kali bakal memperkenalkan jam tangan pintar mereka. Sebelum ini, kita telah mendengar daripada @evleaks yang mana jam tangan pintar HTC bakal hadir sekitar Februari, dan kemudiannya ditangguhkan ke bulan April. Kini, @evleaks sekali lagi hadir mengatakan HTC kini menjadualkan semula pengenalannya ke bulan Jun 2016.

HTC sebelum ini telah diperkatakan sedang membangunkan jam tangan pintar mereka sejak beberapa tahun yang lepas. Malah, pihak HTC sendiri pernah berkongsi dengan Amanz mengatakan mereka terpaksa membatalkan pembangunan awal disebabkan ia tidak dapat menawarkan masa penggunaan yang lama dan tidak begitu mesra untuk pengguna.

Sejak daripada itu, HTC telah hadir dengan gelang tangan pintar mereka hasil kerjasama dengan Under-Armour, tetapi turut membatalkan penjualannya selepas pengenalan.

Pihak HTC masih tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan desas-desus jam tangan pintar mereka ini, dan semestinya ia menjadi salah satu tanda tanya berkenaan sistem operasi yang akan digunakan mereka, dan masa bertahan bateri untuk jam tangan pintar mereka kelak.



Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1Z7QHdT

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.