Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anak tergamak curi barang kemas, wang tunai ibu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anak tergamak curi barang kemas, wang tunai ibu

TERBONGKAR: Suspek menunjukkan polis gelang emas yang ditanam di bawah pasu cili di Kampung Pahlawan, Limbang semalam.

TERBONGKAR: Suspek menunjukkan polis gelang emas yang ditanam di bawah pasu cili di Kampung Pahlawan, Limbang semalam.

LIMBANG: Seorang anak tergamak mencuri barang kemas dan wang tunai milik ibunya yang disembunyikan dalam biliknya di sebuah rumah Kampung Limpaong di sini, Sabtu lalu.

Kejadian disedari mangsa, 57, sekitar jam 8.30 malam apabila mendapati barang kemas dan wang tunai yang disimpan dalam bungkusan plastik di biliknya hilang.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata, antara barangan hilang termasuk dua bentuk cincin emas, pin tudung, satu bentuk rantai emas dan wang tunai berjumlah RM1,300.

“Jumlah kerugian dalam kejadian itu dianggarkan bernilai RM7,800,” katanya di sini semalam.

Jelasnya, seorang suspek yang juga anak mangsa berusia 39 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan (curi dalam rumah).

Sementara itu, beliau mendedahkan polis berjaya menemui kembali gelang emas dicuri dua suspek termasuk seorang pelajar tingkatan satu yang dilaporkan hilang di Zon Temiang Kampung Pahlawan, Khamis lalu.

Mohd Bukhori berkata, hasil siasatan selepas tertangkapnya kedua-dua suspek polis menemui kembali gelang emas yang disembunyikan di bawah pasu pokok cili dan seutas gelang lagi sudah digadai di sebuah kedai pajak gadai di bandar ini.

“Suspek menunjukkan kepada polis tempat gelang emas itu ditanam di bawah pasu pokok cili dan satu utas lagi sudah digadai di sebuah kedai emas di sini,” katanya.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan, polis menemui kembali sebuah motosikal dilaporkan hilang di Desa Pabahanan di sini pada 19 April lalu.

“Suspek, 27, dari Kampung Bawang Obor disyaki terlibat dalam kes itu berjaya ditangkap,” jelasnya.

 



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1rjmqxV

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.