Warga Brunei, rakan maut dalam nahas
LIMBANG: Seorang lelaki warga Brunei dan rakannya warga tempatan maut selepas kereta jenis Toyota dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta jenis Kia Sportage di Bambangan Tedungan di sini, semalam.
Mangsa, Pungut Tambah, 59, warga Brunei dan Awang Ujan Osman, 53, warga Malaysia yang juga pemandu kereta Toyota terbabit maut di tempat kejadian.
Manakala, pemandu kereta jenis Kia Sportage, Morshidi Maseri yang juga warga Brunei mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Brunei.
Ketua Bomba Zon Limbang Edmund Dmahai Amboh berkata, kereta jenis Toyota dikatakan dalam perjalanan pulang dari Limbang ke Brunei manakala kereta Kia Sportage dari arah Brunei menuju ke Limbang.
Beliau berkata, hujan lebat ketika kejadian dipercayai menyebabkan kereta Kia Sportage hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Toyota menyebabkan kereta Toyota itu terbabas.
“Seramai 12 anggota bergegas ke tempat kejadian melibatkan tiga buah kenderaan bomba sebaik menerima panggilan jam 1.32 petang,” katanya.
Beliau menjelaskan, jentera tiba 38 minit kemudian di lokasi kejadian di Kampung Bambangan yang jauhnya 39 kilometer dari pusat bandar.
Turut berada di lokasi Ketua Balai Bomba Limbang, Kurong Beki.

Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1SKdCLZ
Post a Comment