Hi! Welcome Back and Stay Tune! BETULKAH UMNO BERANI PECAT MUHYIDDIN, MUKHRIZ DAN SHAFIE SEBELUM 18 JUN INI? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BETULKAH UMNO BERANI PECAT MUHYIDDIN, MUKHRIZ DAN SHAFIE SEBELUM 18 JUN INI?

Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan akan mencadangkan pemecatan Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir dalam
mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang akan diadakan hujung bulan ini.
Beliau berkata, pihaknya sudah pun mempunyai laporan daripada Jawatankuasa Disiplin UMNO berkenaan tingkah laku Muhyiddin dan Mukhriz.
Pada saya, saya mahu pecat mereka, katanya lagi.
Bagaimana pun, menurut Tengku Adnan, Shafie Apdal mempunyai harapan untuk terlepas daripada sebarang tindakan kerana tidak dilihat bersama dengan pembangkang.
Sebelum ini, orang yang paling ghairah mahu mencadangkan pemecatan Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie ialah Nazri Aziz, malah sudah beberapa kali beliau menyebut mengenainya.
Empat hari lalu, Nazri sekali lagi mengulanginya dengan berkata, "Tetap (akan bawa usul pemecatan), apabila saja diberitahu tarikh mesyuarat MT, saya akan bawa usul untuk buang mereka."
Bagaimanapun, berbeza dengan Ku Nan yang menyifatkan Shafie masih ada harapan untuk terlepas daripada tindakan, Nazri sebaliknya menganggap Naib Presiden UMNO itu sudah melanggar peraturan parti apabila turut hadir bersama-sama Tun Mahathir dalam program Bicara Isu Semasa di Jitra, Kedah, baru-baru ini.
Kata Ahli Parlimen Padang Rengas itu, Mahathir sekarang sudah berada di pihak pembangkang dan kehadiran Shafie dalam program tersebut menunjukkan beliau juga sudah melampau batas serta perlu ditendang keluar daripada UMNO.
Kenapa Ku Nan dan Nazri kelihatan seolah-olah saling berebut untuk mencadangkan pemecatan Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie?
Mengapa perlu Ku Nan juga mahu mencadangkan pemecatan itu sedangkan beliau tentunya tahu bahawa Nazri sudah beberapa kali menyebut secara terbuka akan membawa usul tersebut?
Mengapa perlu berebut-rebut? Mahu membodek Najib atau sebenarnya secara halus mahu membebankan lagi Perdana Menteri dengan kebencian massa?
Kalau pun Ku Nan sudah mempunyai laporan Jawatankuasa Disiplin, bukankah sebagai Setiausaha Agung, beliau hanya perlu membentangkannya saja dan kemudian membiarkan mana-mana Ahli MT yang lain untuk mencadangkan tindakan selanjutnya?
Sebagai Setiausaha Agung UMNO yang dilantik, tidakkah Ku Nan seharusnya lebih berperanan menguruskan pentadbiran parti berbanding turut menjadi watak utama dalam hal pecat memecat pemimpin?
Satu persoalan lagi, benarkah UMNO betul-betul berani untuk memecat Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie dalam mesyuaratnya hujung bulan ini sedangkan pengundian pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah pada 18 Jun?
Jika sebelum ini tindakan terhadap tiga pemimpin itu ditangguhkan berikutan pilihanraya negeri Sarawak, apakah dalam berhadapan dua pilihanraya kecil ini UMNO betul-betul berani berhadapan dengan risiko?
Bagaimana jika dengan pemecatan itu nanti, ia diikuti dengan kekalahan calon UMNO di kedua-dua pilihanraya kecil tersebut?
Atau dalang-dalang sebenarnya sedang berperanan dengan licik untuk menghenyak lagi imej Najib dengan gambaran beliau memang benar-benar sedang ditolak rakyat?- SH


Sumber : bm.malaysia-chronicle.com/

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.