Pemuda Sri Lanka ditahan guna pasport palsu Malaysia
BANGKOK: Seorang lelaki warga Sri Lanka ditahan oleh Biro Imigresen Thailand di Lapangan Terbang Chiangmai kerana menggunakan pasport palsu Malaysia untuk ke Hong Kong dan kemudian ke Zurich.
Dalam kenyataan hari ini, biro itu berkata pemuda berusia 22 tahun itu ditahan pada 5 petang, Sabtu lepas, sebelum dia menaiki pesawat ke luar negara.
“Hasil siasatan mendapati pasport asal itu milik seorang wanita warga Malaysia,” kata biro itu.
Ia berkata pihak berkuasa akan menyiasat sama ada lelaki itu terbabit dalam sindiket pemalsuan pasport.
– BERNAMA
Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1rQmnub
Post a Comment