Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis tahan bapa rantai anak di tangga - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis tahan bapa rantai anak di tangga

TAHAN

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang pemandu van sekolah yang didakwa membogelkan dan merantai anak lelakinya berusia lapan tahun di tangga di flatnya di Paya Terubong, di sini selama lima jam, minggu lalu.

Malay Mail Online (MMO) melaporkan lelaki berusia 45 tahun itu ditahan selepas dia datang ke ibu pejabat polis pada 4.50 petang semalam untuk merekodkan keterangannya.

Suspek disiasat mengikut Akta Kanak-kanak 2001 atas kesalahan mendera.

Ketua Polis George Town ACP Mior Farid Alathrash Wahid dipetik sebagai berkata mangsa akan diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan polis.

Meskipun tidak ada laporan polis dibuat berhubung insiden itu, polis tetap mengambil tindakan susulan laporan media.

Dalam kejadian itu, kanak-kanak berkenaan dibiarkan bogel dan dirantai di susur tangan tangga di luar rumahnya mulai jam 10 malam Sabtu hingga 3 pagi Ahad lalu sehingga menyebabkan mangsa terpaksa membuang air kecil di tangga berkenaan.

Penduduk di rumah pangsa itu yang ternampak kejadian berkenaan bertindak mengambil gambar dan video kanak-kanak terbabit sebelum memuat naik ke Facebook.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung terbabit, Frankie Kee menemui bapa mangsa selepas mengetahui perkara itu.

Bapa kanak-kanak itu yang pada mulanya enggan bekerjasama terpaksa akur selepas dimaklumkan perbuatannya itu penderaan yang juga kesalahan jenayah.

Kee berkata bapa itu memohon maaf atas tindakan. Bagaimanapun, jiran berkata ini bukan kali pertama lelaki terbabit mendera anaknya.

Sementara itu, MMO memetik kenyataan kakak suspek yang mendakwa jiran membuat tuduhan tidak berasas tanpa mengetahui perkara sebenar.

Wanita itu mendakwa kanak-kanak berkenaan menyusahkan keluarga hingga menyebabkan dia terpaksa dihantar ke asrama untuk didisiplinkan.

“Budak itu pukul orang dan curi duit. Dia memeningkan kepala adik saya. Warden asrama pun suruh adik saya ambil semula budak itu sebab takut dia mempengaruhi kanak-kanak lain di situ,” katanya kepada MMO.

Katanya, bapa kanak-kanak itu bersusah payah menjaganya sebagai bapa tunggal, selepas menceraikan isterinya ketika mangsa berusia lapan bulan.

“Apa yang dia buat itu salah tetapi orang ramai perlu berhenti menuduh dia tanpa tahu kisah sebenar,” katanya.

BACA JUGA: Bapa kejam rantai anak bogel di tangga gara-gara nakal

                           Budak bogel dirantai di tangga dijaga polis, JKM





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1skuKhr

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.