Hi! Welcome Back and Stay Tune! SEMUA AHLI KELUARGA GADIS SEBERAT 18KG DIDAKWA MEMBUNUH - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SEMUA AHLI KELUARGA GADIS SEBERAT 18KG DIDAKWA MEMBUNUH

Semua ahli keluarga gadis seberat 18kg didakwa membunuh! Kecoh juga beberapa minggu lepas dengan laporan berita yang agak mengejutkan mengenai kematian seorang gadis berusia 22 tahun yang berat badannya cuma 18 kilogram.

Pada mulanya, bapa mangsa mendakwa bahawa anak gadisnya itu meninggal dunia disebabkan demam panas. Namun segalanya terbongkar apabila mangsa dipercayai meninggal dunia akibat didera keluarganya sendiri




Melalui hasil siasatan, akhirnya terjawab punca sebenar kematian gadis tersebut adalah akibat kelaparan, jangkitan kuman manakala tubuhnya mempunyai kesan gigitan manusia.
Pada hari ini, akhbar Utusan Online melaporkan empat beranak yang merupakan ahli keluarga gadis tersebut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan membunuh gadis yang tersebut dalam kejadian di Kampung Binjai, akhir bulan lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Anuar Jusoh, 49, isterinya, Murni Ahmad, 35, dan dua anak mereka iaitu Siti Sarah, 21, dan remaja berusia 14 tahun sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdy.
Untuk makluman, mangsa Siti Hajar, 22, adalah anak kandung Anuar yang juga tertuduh pertama. Kesemua tertuduh hadir di mahkamah dengan berpakaian lokap.
Anuar dan Murni tidak menunjukkan sebarang reaksi sewaktu dibawa ke kamar mahkamah manakala riak muka Siti Sarah dan adik lelakinya jelas kelihatan keliru sepanjang prosiding yang berlangsung selama 10 minit.
Berdasarkan pertuduhan, Anuar, Murni, Siti Sarah dan adik lelakinya didakwa membunuh Siti Hajar di rumah mereka di Batu 5, Jalan Air Putih, Taman Semarak, Binjai, Cukai pada pukul 10.45 malam, 26 April lalu.
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani Zawawi manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguambela.
Badrul Munir tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin dan mengarahkan Anuar yang merupakan seorang mekanik ditahan di Penjara Marang.
Beliau turut mengarahkan Murni yang merupakan ibu tiri Siti Hajar dan anak perempuannya, Siti Sarah ditahan di Penjara Bentong, Pahang manakala tertuduh juvenil yang keciciran persekolahan sejak setahun lalu pula diarah ditempatkan di Asrama Akhlak Rusila, Marang.
Badrul Munir juga menetapkan 13 Jun depan untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia dan forensik.

Sumber : www.ammboi.com/

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.