Hi! Welcome Back and Stay Tune! Impian saya jadi kenyataan, terima kasih Allah SWT - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Impian saya jadi kenyataan, terima kasih Allah SWT

siti_ar-rahman

KUALA LUMPUR: Impian Datuk Siti Nurhaliza Tarudin berjumpa dengan komposer muzik tersohor India, AR Rahman menjadi kenyataan apabila legenda muzik itu melawat penyanyi nombor satu negara itu di kediamannya semalam.

Siti Nurhaliza, 36, memuat naik beberapa keping gambar yang diambil bersama pemenang Oscar dan komposer ‘Jai Ho’ untuk filem ‘Slumdog Millionaire’ itu ke laman Facebook dan Instagramnya.

“Masya Allah…nak pengsan…idola muzik saya sudi datang ke rumah. AR Rahman. My dream came true (Impian saya jadi kenyataan)… Thank You Allah SWT (Terima kasih Allah SWT),” katanya dalam kedua-dua laman sosial itu.

Rahman berada di Malaysia susulan konsertnya yang berlangsung di Stadium Merdeka Sabtu lalu.

Dilaporkan dalam konsert yang diadakan kali kedua di Malaysia itu, maestro muzik itu telah menghiburkan 20,000 penonton dengan mempersembahkan lagu gubahannya yang terkenal sejak 1990-an hingga hit terkini yang didedikasikan untuk pemain bola sepak legenda dari Brazil, ‘Pele: Birth of a Legend’.

Siti Nurhaliza turut memberi sedikit bayangan mengenai perancangannya bersama komposer itu dalam dunia muzik pada masa hadapan sambil meminta peminat untuk mendoakannya.

“Music legend (Legenda muzik). Insya-Allah, akan ada perancangan seterusnya nanti, doakan ya,” katanya.

Penyanyi terkenal tanah air itu pernah merakam dan mempersembahkan lagu ciptaan Rahman berjudul ‘Nenje Ezhu’ untuk program International Superstar 2015 terbitan Astro, pada Ogos tahun lalu.

Rahman, 49, merupakan ikon muzik yang bukan sahaja terkenal di India tetapi di seluruh dunia dan pernah merangkul beberapa anugerah antarabangsa termasuk Oscar, Grammy, Golden Globe dan British Academy of Film and Television Arts (BAFTA).

BERNAMA





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1rQjMQG

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.