Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zika: Kontinjen negara tetap ke Olimpik Rio – Khairy - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zika: Kontinjen negara tetap ke Olimpik Rio – Khairy

khairy

KUALA LUMPUR: Malaysia tetap menghantar kontinjen negara menyertai Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil walaupun negara Amerika Selatan itu kini dilanda virus Zika.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata setakat ini, tidak ada negara yang menarik diri daripada temasya sukan itu.

Selain itu, katanya Institut Sukan Negara (ISN) sentiasa memantau keadaan kesihatan pegawai, jurulatih dan atlet serta penularan virus itu di negara berkenaan.

“Berdasarkan laporan yang kita terima setakat ini, tidak ada apa-apa perubahan…kita sedang mengambil langkah pencegahan terutama bagi pegawai, jurulatih serta atlet yang layak ke Olimpik.

“Kita sudah maklumkan kepada mereka asas sanitasi dan kebersihan yang perlu diamalkan dari sekarang. Kita memantau keadaan itu dan setakat ini, tidak ada negara yang menarik diri,” katanya.

Seramai 14 atlet melayakkan diri secara merit ke Sukan Olimpik itu yang terdiri daripada Pandelela Rinong, Cheong Jun Hoong, Wendy Ng Yan Yee, Ooi Tze Liang dan Nur Dhabitah Sabri (terjun); Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa (berbasikal); Jonathan Wong (menembak); Welson Sim (renang); Khairul Anuar Mohamad (memanah) serta Khairulnizam Mohd Afendy dan Nur Shazrin (pelayaran), Nauraj Singh (lompat tinggi) dan satu slot dalam sukan angkat berat.

Persekutuan Angkat Berat Malaysia belum memutuskan nama atlet untuk ke Rio.

Terdahulu, Khairy menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Prasarana Malaysia Berhad.

Di bawah MoU itu, kira-kira 50 belia akan mengikuti projek perintis ‘Bootcamp Kapten Bas’ selama tiga bulan mulai 23 Mei ini di Pusat Latihan Akademi Bas Rapid Bus Sdn Bhd.

Selain kemahiran memandu bas, peserta akan dibekalkan dengan latihan menyeluruh termasuk kepakaran sistem operasi, kemahiran penyelenggaraan bas, penentuan frekuensi perjalanan dan elemen disiplin yang tinggi.

BERNAMA





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1XvPGhD

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.