Hi! Welcome Back and Stay Tune! LELAKI INI SEPATUTNYA DIPENJARA 2,350 TAHUN KERANA ROGOL TIGA ANAK KANDUNG - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

LELAKI INI SEPATUTNYA DIPENJARA 2,350 TAHUN KERANA ROGOL TIGA ANAK KANDUNG

Seorang lelaki dipenjara selama 2,350 tahun oleh mahkamah majistret di Yunlin, Taiwan kelmarin setelah didapati bersalah mencabul dan merogol tiga anak perempuannya antara tahun 2008 hingga 2014.

Memetik laporan Sinar Harian, dalam pengakuannya di hadapan hakim, tertuduh mengaku mula mencabul anak perempuan sulungnya berusia sembilan tahun sejak tahun 2008.

Dua tahun kemudian, dia bertindak merogol anaknya itu dengan purata dua kali seminggu. Bermula tahun 2012, tertuduh turut didapati mencabul dan merogol anak perempuan keduanya yang ketika itu baru berusia 10 tahun.
Setahun kemudian, lelaki berkenaan sekali lagi melakukan perbuatan yang sama terhadap anak perempuan ketiganya yang ketika itu berusia lapan tahun.
Setelah mengambil keterangan daripada ketiga-tiga anaknya itu, mahkamah diberitahu bahawa tertuduh didapati mencabul dan merogol anak-anak kandungnya itu sekurang-kurangnya 300 kali sepanjang enam tahun.
Perbuatan keji yang dilakukan lelaki yang bekerja sebagai pengutip barang-barang buangan ini terbongkar pada November tahun 2014 setelah anak perempuan keduanya itu mengadu kepada guru sekolah.
Mengikut keputusan mahkamah, tertuduh sepatutnya dihukum penjara selama 2,350 tahun berdasarkan jumlah kesalahan yang dilakukan. Bagaimanapun, mahkamah hanya mengenakan hukuman maksimum, iaitu penjara selama 30 tahun ke atas tertuduh yang berusia 56 tahun itu.
Ketika polis menggeladah di rumah tertuduh, didapati banyak VCD lucah dan kondom yang disimpan dalam bilik tidurnya.


Sumber : www.ammboi.com/

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.