Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis buru suami isteri pukul, rakam gambar bogel pekerja - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis buru suami isteri pukul, rakam gambar bogel pekerja

polis_buru_600

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan dua individu yang didakwa memukul tiga pekerja mereka di sebuah hostel di Fortune Perdana, Kepong pada 8 Mei lepas, bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R Munusamy berkata kedua-dua suspek itu yang merupakan sepasang suami isteri dan menjalankan perniagaan secara dalam talian, menghilangkan diri selepas kejadian tersebut.

“Polis menerima laporan daripada seorang wanita, pekerja suspek berusia 28 tahun pada 9 Mei lepas yang mendakwa dia dan dua wanita rakan sekerjanya dipukul majikan mereka menggunakan kayu sehingga cedera.

“Suspek turut didakwa bertindak kejam dengan merakamkan gambar bogel mangsa dipercayai untuk dieksploitasi,” katanya.

Munusamy berkata pasangan suami isteri itu dikatakan memukul ketiga-tiga mangsa kerana menuduh mereka mencuri wang syarikat sebanyak RM18,000.

Beliau meminta kedua-dua suspek agar tampil bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, katanya.

BERNAMA





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1XgWfUE

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.