Hi! Welcome Back and Stay Tune! Geram dimadu, isteri tua curi RM80,000 duit suami - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Geram dimadu, isteri tua curi RM80,000 duit suami

polis

JEMPOL: Akibat tidak puas hati suami berkahwin lagi, seorang isteri melarikan RM80,000 milik suaminya dengan pura-pura membuat laporan polis memberitahu wang itu disamun, dalam satu kejadian di Mahsan, di sini, kelmarin.

Kosmo melaporkan wanita itu dipercayai kecewa apabila mengetahui suaminya yang juga seorang warga Pakistan peniaga perabot berkahwin lagi satu.

Difahamkan wanita itu mahu menghantar wang berkenaan kepada keluarganya di Sabah.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Noorzainy Mohd Noor dipetik sebagai berkata suri rumah berusia 47 tahun itu datang ke Balai Polis Bandar Seri Jempol pada 5.30 pagi kelmarin dan membuat laporan kononnya dia menjadi mangsa samun di rumahnya.

“Dia mendakwa dua lelaki bertopeng datang ke rumahnya lebih kurang 4 pagi semalam sebelum mengikatnya.

“Dalam laporan tersebut wanita terbabit mendakwa wang perniagaan suaminya turut dilarikan penjenayah,” katanya.

Bagaimanapun, selepas siasatan dijalankan polis mula mencurigai kenyataan wanita terbabit.

“Selepas didesak dia mengaku menyembunyikan wang tersebut dan bercadang untuk menghantar wang ke kampungnya di Sabah,” katanya.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1TdpTee

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.