4 tebusan Sarawak dibebaskan Abu Sayyaf
PETALING JAYA: Empat rakyat Sarawak yang diculik Abu Sayyaf pada April lalu telah dibebaskan kumpulan pengganas itu.
The Star Online memetik laporan dari Jolo sebagai berkata, empat tebusan itu dibebaskan susulan beberapa pusingan rundingan antara perunding dari Malaysia, Filipina dan kumpulan penculik terbabit.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun ketika dihubungi portal berita itu bagaimanapun enggan mengulas perkara berkenaan.
Pengendali laman Facebook “Bring our Malaysian hostages home” ketika dihubungi FMT mengesahkan pembebasan empat rakyat Malaysia itu dan berkata lebih banyak maklumat akan dimuat naik ke laman media sosial berkenaan kemudian.
Empat mangsa culik itu adalah Wong Teck Pang, 31, dan Wong Teck Chi, 29, Johnny Lau Jung Hien, 21, dan Wong Hung Sing, 34, yang merupakan anak kapal tunda berdaftar di Malaysia, MV MASSIVE 6.
Mereka diculik sekumpulan lelaki bersenjata di perairan berdekatan Pulau Ligitan, ketika dalam perjalanan pulang dari Filipina ke Malaysia, pada 1 April lalu.
Penculik tersebut juga dilaporkan mengancam akan memenggal kepala mengsa jika wang tebusan RM30 juta tidak dibayar pada 30 April lalu.
Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1Ue8jVX
Post a Comment